1. Di
dalam kontrak yang telah dimateraikan antara Rahmat Bulat Sdn. Bhd. and Rajesh
Sinar Sdn. Bhd., adakah perjanjian
tersebut mengandung sebarang klausa atau peruntukan untuk pelucuthakan deposit?
Terpulang kepada andaian Mooters.
2. Adakah
pinjaman atau bantuan daripada institusi kewangan merupakan satu syarat yang
telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak?
Terpulang kepada andaian Mooters.
3. Bilakah
polisi Bank Negara Malaysia terhadap sektor harta benda luas dikuatkuasakan?
Terpulang kepada andaian Mooters.
4. Adakah
keputusan hakim yang bijaksana di Mahkamah Tinggi hanya berdasarkan klausa
10.1?
Berdasarkan fakta kes yang telah diberikan, ya dan juga sila rujuk
kepada Keputusan Hakim yang mahu dirayu oleh Perayu.
Pasangan 23
1.
Adakah jumlah sebanyak RM300,000.00
itu adalah jumlah daripada 10% deposit + 3 kali ansuran ataupun ianya jumlah 3
kali ansuran?
Amaun yang diberikan
adalah jumlah keseluruhan 3 kali ansuran yang telah dibayar (RM300,000.00).
Deposit yang telah dibayar pula adalah sebanyak 10% daripada harga belian
tanah.
2.
Adakah RB mematuhi peraturan Bank
Negara semasa membuat pinjaman?
Rujuk kepada fakta kes dan
alasan-alasan rayuan, sekiranya RB berjaya memenuhi peraturan BNM, masih ada
pecah kontrak? Namun begitu, mooters boleh membuat andaian sebaliknya bersama
alasan yang kukuh.
3.
Pihak manakah yang menghadapi
masalah kecairan?Negara,RB ataupun yang lain-lain?
Pihak mana yang
perlu membuat pinjaman? Rujuk pada fakta kes.
4.
Mengapakah RB menegaskan bahawa
mereka telah terlepas daripada meneruskan perjanjian itu secara sah?
Terpulang kepada
andaian/hujahan mooters berdasarkan alasan rayuan.
5.
Adakah perjanjian yang
ditandatangani antara RB dan RS pernah mengatakan bahawa RB akan membeli tanah
tersebut dengan mendapatkan pinjaman daripada institusi-institusi kewangan?
Sila rujuk fakta
kes yang mana pernyataan tersebut tiada dinyatakan, namun Mooters boleh membuat
andaian sebagaimana perlu.
6.
Adakah kedua- dua pihak penjanji terikat dengan perjanjian
yang ditandatangani pada 31 Mac 2010?
Mooters boleh
membuat andaian sebagaimana perlu.
7.
Selepas pembayaran deposit (10%), RS telah membayarkan
tiga (3) kali ansuran berjumlah RM300,000.00 daripada harga belian, apakah
jumlah yang berkenaan pada setiap kali ansuran yang telah dibayarkan,
terutamanya, kepada ansuran pertama dan ansuran ketiga?
Kurang faham dengan
soalan mooters tetapi, RM300,000.00 adalah jumlah keseluruhan 3 kali ansuran
pembayaran. Andaian boleh dibuat jika perlu.
8.
Adakah perlucutan deposit dan ganti rugi yang diawardkan
di bawah klausa 10.1 perjanjian, (iaitu, perlucutan ansuran pertama dan 11%
kepada ansuran ketiga) adalah sama ataupun berbeza?
Berdasarkan fakta
kes, tidak. Peghakiman Hakim kepada RS adalah deposit 10% menjadi hak RS serta
award dibwh klausa 10.1 iaitu gantirugi yg dikira sebyk 11% dari ansuran
ketiga.
9.
Merujuk
kepada klausa 10.1 dalam perjanjian, penjual
berhak untuk membatalkan ansuran pertama dan jumlah yang bersamaan kepada
sebelas peratus (11%) setahun atas ansuran yang ketiga atau sebahagian daripadanya
yang belum dibayar / terkumpul dikira
dari tarikh tamat.. Atas pemahaman saya, ansuran pertama
hingga ketiga adalah yang telah dibayar oleh pembeli, tetapi apa yang telah
dimaksudkan merujuk kepada “atau sebahagian daripadanya
yang belum dibayar / terkumpul”, Sila jelaskan.
Sila rujuk kepada
klausa 10.1 didalam fakta kes. Klausa tersebut menyatakan bahawa, sekiranya
terdapat perlanggaran oleh pembeli di dalam apa2 peruntukan perjanjian, penjual
berhak untuk membatalkan ansuran yg pertama dan jumlah yang bersamaan kepada sebelas peratus (11%) setahun atas ansuran
yang 3 atau
ke atas ansuran yang masih belum berbayar. Mengikut fakta kes,
anusran telah dibayar sebanyak 3 kali. Maka, 11% tadi adalah utk ansuran yg
ketiga. Ambil perhatian atas kehendak Notis di dalam Klausa 10.1.