Team 44
1. Adakah kegunaan alat Stopthief serupa atau sama dengan alat Stopjack?
Tidak disebut dalam fakta
2. Apakah kepentingan syarikat US3 Co memasuki satu perjanjian lesen dengan Syarikat Bermuda?
Tidak disebut dalam fakta
3. Berapa lamakah jurang masa di antara perletakan jawatan Encik Tan di Syarikat Bermuda sehingga beliau menjadi pengarah di Car Secure Sdn Bhd?
Tidak disebut dalam fakta
4. Adakah permohonan MY2 Sdn Bhd untuk perlindungan patent kepada MyIPO pada 1 November 1995 telah diluluskan sebelum mereka melancarkan alat Stopthief?
Tidak disebut dalam fakta
5. Adakah pemilik hak harta intelek bersamaan dengan memiliki perlindungan patent, cap dagangan dan hak cipta?
Sila buat penyelidikan sendiri.
6. Adakah Car Secure Sdn Bhd telah memohon perlindungan patent kepada MyIPO juga?
Tidak disebut dalam fakta
7. Adakah Syarikat Bermuda juga mempunyai lesen untuk memasarkan alat Stopthief?
Tidak disebut dalam fakta
8. Adakah MY2 Sdn Bhd merupakan pengedar sahaja bagi alat Stopthief?
Tidak disebut dalam fakta
9. Apakah punca perletakan jawatan Encik Tan di Syarikat Bermuda?
Tidak disebut dalam fakta
10. Bagaimanakah Syarikat Bermuda boleh mendapat maklumat rahsia tentang Stopthief?
Terbuka kepada andaian penghujjahan berdasarkan fakta.
11. Adakah syarikat US3 Co telah memasuki perjanjian lesen dengan Syarikat Bermuda dengan keizinan syarikat US1 Co?
Tidak disebut dalam fakta
12. Adakah kedua-dua syarikat US1 Co dan US3 Co memiliki patent bagi alat Stopthief?
Tidak disebut dalam fakta
13. Adakah syarikat MY2 Sdn Bhd telah mendaftarkan cap dagangan bagi alat Stopthief di Malaysia?
Tidak disebut dalam fakta. Fakta hanya menyebut MY2memohon lesen perlindungan paten dari MyIPO.
Team 22
1) Fakta menyatakan bahawa plaintiff ketiga (MY2) adalah syarikat yang diperbadankan bagi tujuan pemasaran produk Plaintif pertama dan kedua. Sejak bilakah MY2 beroperasi sebagai pemasar bagi alat “stopthief”?
Tidak disebut dalam fakta.
2) Adakah MY2 satu-satunya syarikat yang dibenarkan mengedar produk Stopthief di Malaysia?
Tidak disebut dalam fakta. MY2 hanya disebut sebagai badan bersama yg di beri kebenaran untuk menjadi pengedar barangan ‘stopthief’
3) Berdasarkan perjanjian antara USA3 dan USA1 Co dan MY2 untuk memasarkan produk “Stopthief” di Malaysia, adakah perjanjian tersebut membenarkan MY2 mempunyai possesi eksklusif bagi produk “Stopthief”?
Tidak disebut dalam fakta. Terbuka kepada penghujjahan.
4) Sejak tahun manakah MY2 menjadi pengedar produk USA1 Co dan USA3 Co?
Tidak disebut dalam fakta
5) Pada tahun berapakah syarikat MY2 ditubuhkan?
Tidak disebut dalam fakta
6) Di manakah lokasi utama syarikat MY2 di Malaysia?
Tiada dalam fakta.
7) Adakah Syarikat MY2 mempunyai cawangan-cawangan lain di Malaysia yang memasarkan produk USA1 dan USA3?
Tiada dalam fakta.
8) Fakta menyatakan bahawa Syarikat Muda dan USA3 Co mempunyai perjanjian lesen. Apakah lesen yang diberikan kepada Syarikat Muda? Adakah ia lesen bagi tujuan pengedaran dan pemasaran produk USA3 Co ataupun bagi tujuan membuat produk USA3 Co?
Tiada dalam fakta
9) Jikalau lesen adalah bagi tujuan pemasaran, adakah Syarikat Muda diberikan sebarang informasi mengenai prosedur pembuatan produk tersebut?
Terbuka kepada penghujjahan.
10) Adakah lesen menyatakan bagaimana produk USA3 dicipta?
Terbuka kepada penghujjahan…sila buat selidikan sendiri.
11) Adakah perjanjian lesen di antara Syarikat Muda dan USA3 Co mempunyai terma bahawa informasi yang didapati di dalam perjanjian itu adalah ekslusif bagi kegunaan Syarikat Muda?
Tiada tersebut dalam fakta.
12) Adakah perjanjian lesen antara Syarikat Muda dan USA3 Co suatu perjanjian yang mempunyai terma-terma yang lazim di dapati di dalam sebarang perjanjian lesen?
Terbuka kepada hujjahan.
13) Adakah mana-mana pihak berhenti berurus niaga produk masing-masing selepas pelancaran pada tahun 1995?(sejak bulan November)
Tidak disebut dalam fakta.
14) Apakah keputusan MyIPO mengenai permohonan paten yang dibuat oleh MY2 Sdn Bhd? Adakah permohonan tersebut tertunggak atau di batalkan?
Tidak disebut dalam fakta. Terbuka kepada penghujjahan.
15) Apakah tahap keserupaan produk “Stopthief” dan “Stopjack”, dari segi kualiti produk?
Tiada tersebut dalam fakta. Sila buat andaian relevan.
16) Adakah mekanisme produk “Stopthief” dan “Stopjack”lebih kurang sama ataupun serupa?
Tiada tersebut dalam fakta
17) Apakah hubungan Syarikat MY2 dengan USA1 dan USA3? Adakah MY2 merupakan subsidiari syarikat Amerika Syarikat tersebut?
Sila rujuk fakta kes.
18) Adakah “Stopthief” sahaja produk yang dibuat dan dijual oleh USA1 dan USA3, ataupun adakah mereka juga menjual produk-produk yang lain?
Tiada tersebut dalam fakta.
19) Apakah isi kandungan perjanjian antara USA3 dan Syarikat Muda? Secara spesifik, adakah ia berkait dengan perjanjian lesen “Stopthief”?
Terbuka kepada hujjahan.
No comments:
Post a Comment