Oct 29, 2012

Answers for Problem Clarification (BM)


Pasangan                                             Penjelasan  Masalah

Pasangan12                                         1. Apakah subjek yang terlibat dalam perjanjian jual beli tersebut?
-          Rujuk pada fakta kes

2. Adakah kedua belah pihak terikat dengan perjanjian yang ditanda tangani pada 31 Mac 2010?
- Ya

3. Pihak manakah yang telah melanggar perjanjian jual beli tersebut?
- Rujuk pada fakta kes

4. Apakah transaksi yang telah dibuat dalam jual beli antara perayu dan respondent?
- Rujuk pada fakta kes ( soalan kurang jelas)

5. Pelanggaran kontrak oleh sebelah pihak, adakah mereka subjek kepada klausa 10.1 perjanjian tersebut?
-rujuk pada fakta kes

6. Apakah yang di maksudkan oleh klausa 10.1 perjanjian tersebut.
- ‘mooters’ perlu memahaminya sendiri

7. Atas alasan apakah RB yakin bahawa mereka terlepas dari meneruskan perjanjian secara sah setelah gagal membuat pembayaran?
- rujuk pada fakta kes

8. Adakah RS telah memberikan notis 30 hari kepada RB seperti yang ditetapkan sebelum mengaplikasikan klausa 10.1?
- andaian oleh ‘mooters’


Pasangan18                                         1. Adakah Responden memberikan notis sepanjang 30 hari kepada perayu untuk membetulkan pelanggarannya? 
                                                           
- andaian oleh ‘mooters’

2. A) Adakah jumlah wang deposit sama dengan jumlah bayaran ansuran pertama?
- tidak sama

B) kalau tidak, Apakah perbezaan antara jumlah deposit dengan jumlah bayaran ansuran pertama? 
- Deposit 10% dan jumlah ansuran RM83,500 (andaian ‘mooters)

3.  Sejak bilakah Masalah kecairan mula berlaku? 

- andaian oleh ‘mooters’

4.  Sejak bilakah peraturan Bank Negara dikuatkuasakan? 
- andaian oleh ‘mooters’

Pasangan 23                                        1. Adakah RB dalam keadaan yang waras dan kompeten, apabila RB menandatangani perjanjian itu dengan RS?
                                                            -tidak relevan
2. Adakah RB telah meneliti, memastikan dan memahami tentang syarat-syarat perjanjian dengan RS ini apabila memeterai perjanjian jual beli ini? 
-tidak relevan
3. Apakah penaakulan yang diberikan oleh hakim yang bijaksana apabila hakim yang bijaksana memberikan penghakiman untuk membayar pampasan/ganti rugi dan menafikan tuntutan RS tentang pelaksanan specifik?    
-- andaian oleh ‘mooters’
4. Adakah perjanjian yang ditandatangani antara RB dan RS pernah mengatakan bahawa RB akan membeli tanah tersebut dengan mendapat pinjaman wang daripada bank? - andaian oleh ‘mooters’
5. Adakah RS menegaskan tuntutan pelaksanaan spesifik pada setiap masa dalam rayuan ini?
-siapa yang merayu
6. Apakah butir-butiran dalam garispanduan Bank Negara berhubung dengan pinjaman kepada sektor hartanah?
-andaian oleh ‘mooters’

Pasangan 24                                        1. Jumlah ansuran yang dibayar oleh pihak Rahmat Bulat sdn bhd , adakah didalam jumlah RM 83,500 atau pun RM 83.5 juta ?
-          Tidak relevan

Pasangan 28                                        1. Ke atas apakah sebab Bank Negara menolakkan pemimjaman kepada Rahmat Bulat Sdn Bhd?
                                                            -andaian oleh’ mooters’
2. Apakah kecairan yang dibuat oleh Bank Negara ke atas pemimjaman tersebut? 
-andaian oleh ‘mooters’
3. Adakah kontrak (Klausa 10.1) yang dibuat oleh kedua-dua pihak atas nasihat penasihat undang-undang?
-tidak relevan

Pasangan35                                         1. Adakah RS telah memberi notis pemberitahuan selama 30 hari kepada RB?
                                                            -andaian oleh ‘mooters’

2. Berapa lamakah RB memiliki hak tanah (Title) setelah memberitahu RS bahawa mereka telah gagal untuk mendapatkan pinjaman dan melunaskan hutang pembelian tanah tersebut?
-tidak relevan

3. Adakah kegagalan pemilikhakan tanah oleh RB (setelah gagal melunaskan hutang) dipulang semula kepada RS (Title)?
-tidak relevan

4. Mengikut klausa 10.1 perjanjian kontrak antara RB dan RS. RB membawa kes di atas hujahan frustrasi kontrak, isu-isu pliding oleh RS dan juga damage kecairan di bawah klausa 10.1. Apakah tuntutan  (isu-isu pliding) yang dibuat oleh RS? 
-andaian oleh ‘mooters’

5. Apakah yang dimaksudkan dengan keputusan Hakim di dalam mahkamah tinggi untuk tidak mengawardkan  pelucuthakan ansuran pertama di dalam klausa 10.1? (Hanya pelucuthakan deposit sahaja yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan juga jumlah 11% setahun ke atas ansuran ketiga) 
- penghakiman merujuk kepada klausa 10.1 dan perenggan 4

6. Adakah tuntutan Pelaksanaan Spesifikasi Kontrak dan juga Frustrasi Kontrak oleh RS yang ditolak , dilakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di atas budi bicara mahkamah? (Kegagalan pelaksanaan spesfikasi kontrak) dan hanya mengawardkan damage berdasarkan kepada deposit dan ansuran pertama dan ketiga. 
-rujuk fakta kes

7. Siapakah bank (mana-mana insititusi kewangan) yang dimaksudkan oleh RB untuk mendapatkan Pinjaman?
-tidak relevan

8. Di dalam klausa 10.1, Notis 30 hari oleh RS hanya perlu diberikan apabila kegagalan RB untuk melunaskan hutang tidak melibatkan ansuran kedua dan ketiga, Adakah ianya juga termasuk ansuran keempat yang gagal dilunaskan oleh RB (penyebab kepada permulaan prosiding di Mahkamah Tinggi)?
-tidak relevan

9. Adakah kegagalan melunaskan hutang (ansuran keempat oleh RB) menimbulkan isu penipuan (fraudulent) terhadap RS?
-tidak relevan


Pasangan51                                         1. Apakah tarikh pelucuthakan yang ditetapkan?
                                                            -tidak relevan
2. Adakah tarikh siap ditetapkan dalam perjanjian jual beli tersebut?
-tidak relevan
3. Adakah Bank Negara yang mengalami masalah kecairan ataupun RB Sdn. Bhd.?
-tidak relevan
4. Adakah RS membayar wang deposit (10%) dan wang ansuran berjumlah RM83,500 menggunakan wang sendiri atau wang daripada Bank Negara atau mana-mana institusi kewangan?
-tidak relevan
5. Adakah RB memenuhi syarat-syarat dan/atau peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara semasa memohon pinjaman?
-tidak
6. Adakah pihak penjual (RS) telah menghantar notis kepada pihak pembeli (RB) dalam  tempoh 3o hari sepertimana yang ditetapkan di bawah klausa 10.1 perjanjian jual beli?
-andaian oleh ‘mooters’
7. Adakah dalam kontrak antara pihak penjual dan pembeli terdapat satu klausa yang menyatakan bahawa perjanjian tersebut adalah dibatalkan sekiranya pihak pembeli gagal mendapatkan pinnjaman daripada Bank Negara?
                                                            -andaian oleh ‘mooters’



Pasukan 44                                          1. Adakah sumber-sumber yang tidak berkaitan dengan undang-undang seperti artikel surat khabar dan sebagainya dibenarkan untuk diguna dalam hujahan?
                                                           -tidak dibenarkan
2. Adakah terdapat provisi dalam kontrak bahawa jikalau pinjaman tidak dapat didapati, apakah akan berlaku kepada parti-parti kontrak?
-andaian oleh’mooters’




Pasangan26                             1) Apa yang dimaksudkan dalam klausa 10.1      "jumlah yang bersamaan dengan kepada 11% setahun atas ansuran ketiga" ? 11% daripada jumlah mana? jumlah harga tanah tersebut atau jumlah ansuran yang dibayar?
-          Rujuk pada fakta kes

2) mengikut fakta dalam Klausa 10.1 hanya sebut mengenai ansuran pertama dan ansuran ketiga, bagaimana dengan ansuran kedua? adakah ia tidak perlu diambil kira?
-rujuk pada fakta kes







No comments: