Oct 10, 2008

PERTANDINGAN MOOT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI MULTIMEDIA PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT

KANDUNGAN

PERATURAN RASMI 1.0 Definisi
1.1 Tafsiran
1.2 Definisi Umum
1.3 Tafsiran


PERATURAN RASMI 2.0 Organisasi Pertandingan
2.1 Pentadbiran
2.1.1 Pengarah Pertandingan
2.1.2 Pentadbir-Pentadbir
2.2 Struktur Pertandingan


PERATURAN RASMI 3.0 Penyertaan dan Kelayakan
3.1 Kelayakan Kumpulan
3.2 Pendaftaran
3.3 Pengenalan Nombor Kumpulan
3.4 Kedukan dan Pemilihan Kumpulan
3.5 Keperluan minima bagi kelayakan ahli kumpulan
3.6 Ketidaklayakan
3.6.1 Rujukan kepada Ahli Kumpulan
3.6.2 Rujukan kepada Penyalahgunaan Bantuan dar Luar
3.6.3 Rujukan kepada penyalahgunaan Memorial dan Hujah Kumpulan Lawan
3.7 Pengenalpastian Permasalahan


PERATURAN RASMI 4.0 Hakim-hakim
4.1 Kelayakan menjadi Hakim
4.2 Komen dari Hakim-hakim


PERATURAN RASMI 5.0 Memorial
5.1 Serahan Memorial
5.2 Bahasa dalam Memorial
5.3 Format Memorial
5.4 Deskripsi dalam Memorial
5.4.1 Bahagian-bahagian dalam Memorial
5.4.2 Hujjah Pihak Pemohon
5.4.3 Muka depan
5.4.4 Indek bagi autoriti
5.4.5 Gabungan autoriti
5.4.6 Kenyataan fakta
5.4.7 Ringkasan Permohonan
5.5 Panjang
5.6 Had di dalam Penggunaan Nota Kaki
5.7 Anoinimiti Memorial


PERATURAN RASMI 6.0 Prosedur Pliding Lisan
6.1 Bahasa Pliding
6.2 Prosedur Am
6.2.1 Perlanjutan Masa Atas Budibicara Hakim
6.3 Pliding
6.3.1 Bangkangan atau Bangkangan Balas
6.3.2 Ruang Lingkup Pliding
6.4 Prosedur Ex Parte
6.5 Komunikasi Semasa Pertandingan
6.5.1 Komunikasi secara Lisan di dalam Mahkamah di Antara Kounsel dan Hakim
6.5.2 Komunikasi secara Lisan di dalam Mahkamah dan Aktiviti di Meja Kounsel
6.5.3 Komunikasi secara Bertulis di dalam Mahkamah
6.6 Penonton
6.6.1 Tunjuk Ajar
6.7 Audio dan Rakaman Video
6.8 Komputer dan Komputer Riba di dalam Mahkamah


PERATURAN RASMI 7.0 Prosecur Pertandingan Berpasangan
7.1 Pusingan Awal
7.1.1 Pasangan untuk Pusingan Awal
7.2 Pusingan Seterusnya
7.2.1 Pusingan Okta Akhir
7.2.2 Pusingan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir
7.3 Pasangan ke Pusingan Seterusnya
7.3.1 Peraturan Pasangan Am – “Power Seeding”


PERATURAN RASMI 8.0 Sistem Pemarkahan
8.1 Cara Pemarkahan
8.2 Panel Seorang Hakim
8.3 Panel Tiga Hakim
8.4 Penentuan Pemenang Pertandingan
8.5 Prosedur Pengaduan


PERATURAN RASMI 9.0 Award
9.1 Pemenang Moot
9.2 Oralis Terbaik
9.3 Memorial Terbaik


PERATURAN RASMI 10.0 Lain-Lain
10.1 Peraturan Tambahan




PERATURAN RASMI 1.0 Definisi

1.1 Ringkasan
“MMU” merujuk kepada Universiti Multimedia.

“MULS” merujuk kepada Persatuan Undang-Undang Universiti Multimedia.

1.2 Definisi Umum
“Pentadbir” ertinya, merujuk kepada mana-mana Pertandingan, individu yang dilantik untuk menguruskan pertandingan tersebut.

“Pusingan Seterusnya” ertinya Pusingan Peringkat Awal, Pusingan Suku Akhir, Pusingan Separuh Akhir, dan Pusingan Akhir.

“Perayu” ertinya Kumpulan (atau ahli-ahli kumpulan) yang mewakili pihak Perayu semasa pertandingan.

“Bailif” ertinya individu yang mengeluarkan arahan semasa acara penhujjahan

“Pertandingan” ertinya mana-mana Pertandintgan Moot yang dianjurkan oleh MULS.

“Pengarah Pertandingan” ertinya pengarah kepada pertandingan tersebut.

“Permasalahan dalam Pertandingan” ertinya persoalan-persoalan rasmi dalam mana-mana pertandingan sebagai tambahan atau pembetulan dalam mana-mana Penyelesaian Permasalahn atau pembetulan.

“Ketua Pentadbir” ertinya individu yang bertanggungjawab kepada panel-panel pentadbir.

“Memorial” ertinya hujjah-hujjah bertulis setiap Pihak, bertulis dan diserahkan berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan ini.

“Jadual Rasmi” ertinya jadual rasmi pertandingan.

“Pusingan Lisan” ertinya pertandingan lisan secara perseorangan antara Pihak Perayu dan Pihak Responden sebelum lantikan para hakim.

“Jawatankuasa Penganjur” ertinya ahli-ahli MULS yang bertanggungjawab menganjur dan menguruskan pertandingan.

“Pusingan Awal” ertinya pusingan untuk menentukan enam belas (16) kumpulan yang mendapat tangga teratas untuk kelayakan ke pusingan seterusnya.

“Pengenalpastian Permasalahan” ertinya mengenalpasti secara rasmi Masalah-masalah dalam pertandingan dan peruntukan-peruntukan ini, seperti yang tersebut dalam Peruntukan 3.7.

“Responden” ertinya Kumpulan(atau peserta-peserta Kumpulan) yang mewakili pihak Responden pada tiap waktu yang ditentukan dalam Pertandingan.

“Peraturan” ertinya Peraturan dan Syarat-Syarat Pertandingan Moot Undang-Undang, tertakluk kepada Paraturan-peraturan tambahan.

“Pertandingan” ertinya peringkat pertandingan.

1.3 Tafsiran
Tafsiran merujuk kepada peruntukan-peruntukan ini kecuali yang tersebut sebaliknya,
(a) perkataan-perkataan dan ekspresi-ekspresi dalam bentuk tunggal dan perbilangan, dan perkataan-perkataan dan ekspresi-ekspresi dalam bentuk bilangan banyak termasuk bentuk tunggal.
(b) Perkataan-perkataan dan ekspresi-ekspresi yang merujuk kepada perkara gender termasuk feminin.

PERATURAN RASMI 2.0 Organisasi Pertandingan

2.1 Pentadbiran
Pertandingan adalah di bawah kelolaan MULS.

2.1.1 Pengarah Pertandingan
Pengarah Pertandingan, yang merupakan ahli MULS, akan menguruskan Pertandingan. Pengarah pertandingan mempunyai kuasa pemutus dalam segala perkara atau permasalahan yang timbul berkaitan dengan pertandingan ini.

Pengarah Pertandingan tidak dibenarkan :
(a) menjadi Hakim dan mempengaruhi mana-mana Hakim dalam apa jua cara,
(b) memberi sebarang bentuk bantuan atau arahan kepada mana-mana kumpulan yang bertanding dalam Pertandingan,
(c) bersikap prejudis terhadap mana-mana kumpulan yang bertanding dalam apa jua cara.

2.1.2 Pentadbir-pentadbir
Panel Pentadbir adalah terdiri dari tenaga pengajar bidang undang-undang. Ketua Pentadbir akan melantik seorang Pentadbir untuk setiap Pertandingan dan akan ditugaskan untuk menentukan tarikh dan lokasi untuk Pertandingan tersebut. Pentadbir adalah bertanggungjawab melaksanakan pertandingan agar ia selaras dengan Undang-Undang yang tersebut dan sentiasa berbincang dengan Ketua Pentadbir. Ketua Pentadbir dianggap sebagai Penyelesai kepada segala implementasi dan interpretasi kepada Undang-undang dan syarat-syarat ini.

Pentadbir tidak dibenarkan :
(a) menjadi pelatih atau memberi sebarang bentuk bantuan kepada Kumpulan tang berdaftar dalam pertandingan,
(b) bersikap prejudis terhadap mana-mana kumpulan yang bertanding dalam apa jua cara.

2.2 Struktur Pertandingan
Kecuali tersebut dengan terperinci dalam peruntukan-peruntukan dan Syarat-syarat Tambahan, Pertandingan adalah terbahagi kepada dua bahagian : (1) Pusingan Awal, yang akan dikendalikan mengikut sistem liga, dan (2) Pusingan Seterusnya, yang akan dikendalikan mengikut sistem kalah-mati. Pusingan Awal akan terpakai sekiranya terdapat lebih daripada eman belas (16) kumpulan yang bertanding.


PERATURAN RASMI 3.0 Penyertaan dan Kelayakan

3.1 Kelayakan Kumpulan
Semua fakulti undang-undang dan sekolah undang-undang, yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, adalah layah untuk menyertai Pertandingan ini.

Bilangan kumpulan yang layak untuk menyertai akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur.

3.2 Pendaftaran
Setiap kumpulan mesti memenuhi dan menyerahkan borang penyertaan kepada kepada Jawatankuasa Penganjur mengikut akhir pendaftaran dalam Jadual Rasmi.

Setaip kumpulan mesti membayar yuran pendaftaran yang sepatutnya (jika ada) mengikut tarikh akhir pendaftaran dalan Jadual Rasmi. Jumlah bayaran yuran pendaftaran (jika ada) ada tersebut dalam Syarat Tambahan.

3.3 Nombor kumpulan sebagai Tanda Pengenalan
Selepas tarikh pendaftaran mengikut jadual rasmi tamat, setiap kumpulan akan diberi nombor kumpulan oleh Jawatankuasa Penganjur.

3.4 Kedudukan Kumpulan dan Pemilihan
Kecuali tersebut secara terperinci dalam Peruntukan-peruntukan dan Syarat-syarat Tambahan, setiap kumpulna terdiri dari dua Oralis, iaitu (1) Pembicara dan (1) Pembantu Pembicara. Penyelidik-penyelidik boleh digunakan sebagai bantuan kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding tetapi tidak perlu didaftarkan.

3.5 Kelayakan minima setiap keahlian untuk pertandingan
Seseorang itu adalah layak untuk menjadi ahli bagi sesebuah kumpulan sekiranya :
(a) beliau adalah pelajar sepenuh masa atau separuh masa dalam kursus pengajian yang setaraf dengan LL.B atau mana-mana program ijazah sarjana muda undang-undang, atau
(b) beliau berada dalam satu atau lebih dari satu kursus di sekolah undang-undang atau institusi lain dalam tahun pengajian akademik.

3.6 Ketidaklayakan
Mana-mana kumpulan yang menggunakan ahli kumpulan yang tidak layak, menyalahgunakan khidmat dari luar, atau Memorial kumpulan lain akan terkeluar dari pertandingan.

3.6.1 Rujukan kepada Ahli-ahli Kumpulan
Mana-mana kumpulan yang menggunakan ahli kumpulan yang tidak layak ialah :
(i) yang telah diterima masuk sebagai pengamal undang-undang dalam bidang undang-undang, atau
(ii) yang telah berdaftar sebagai pelajar lebih dari satu institusi, selain dari pelajar pelawat,
akan dianggap sebagai tidak layak.

3.6.2 Rujukan kepada penyalahgunaan khidmat atau bantuan dari luar
Mana-mana kumpulan yang menerima khidmat bantuan yang tidak sepatutnya akan terkeluar dari pertandingan. Semua penyelidikan, tulisan dan suntingan mesti terhasil dari Kumpulan yang bertanding sahaja. Walaubagaimana pun, ahli fakulti dan penasihat kumpulan dibenarkan memberi khidmat ansihat kepada kumpulan. Sebarang nasihat adalah terhad kepada : perbincangan asas kepada isu, cadangan-cadangan untuk sumber-submer penyelidikan, rundingan-rundingan berkaitan teknik pengacaraan lisan, lokasi untuk sumber-sumber penyelidikan, kaedah-kaedah asas tentang penyelidikan undang-undang, komen-komen asas terhadap hujjah organisasi dan struktur, aliran hujjah, dan format, dan nasihat berkaitan pilihan untuk pliding atau strategi yang sama semasa pusingan kalah-mati.

Pentadbir-pentadbir tidak dibenarkan menjadi jurulatih atau dalam apa juacara membantu kumpulan yang berdaftar dalam pertandingan. Kumpulan tersebut akan terkeluar dari pertandingan sekiranya didapati mendapat sebarang khidmat bantuan dari pentadbir-pentadbir.

Kmpulan-kumpulan, termasuk kumpulan-kumpulan yang telah diisyhtiharkan sebagai tidak layak dan Kumpulan-kumpulan yang telah kalah atau terkeluar dari pertandingan, tidak dibenarkan memberi sebarang bantuan kepada mana-mana kumpulan lain. Bantuan yang dilarang di sini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, memberi nota-nota atau Memorial kepada kumpulan yang bertanding, terlibat dalam latihan moot dengan kumpulan yang bertanding, atau menyediakan video atau pita audio berkaitan pusingan pertandingan yang lalu, sama ada pusingan latihan atau mana-mana pusingan-pusingan pertandingan, kepada kumpulan yang bertanding.

3.6.3 Rujukan kepada penggunaan Memorial dan Hujjah-hujjah dari Kumpulan pihak lawan
Sesebuah kumpulan tidak dibenarkan melihat Memorial masing-masing selain dari Perayu atau Responden yang layak mengikut apa yang telah ditetapkan oleh masing-masing pihak lawan.

3.7 Penjelasan Masalah
Kumpulan-kumpulan dibenarkan membuat permohonan bertulis untuk penjelasan kepada Persoalan Masalah dalam pertandingan kepada Ketua Pentadbir mengikut tarikh yang tertera dalam jadual rasmi. Berdasarkan kepada permohonan yang diterima dari semua Kumpulan, Ketua Pentadbir, selapas berunding dengan panel pentadbir-pentadbir, akan menyiarkan Penjelasan Masalah mengikut tarikh yang tertera dalam Jadual Rasmi. Penjelasan Masalah hanya terhad kepada penjelasan terhadap fakta yang terdapat dalam Masalah yang diberikan dalam pertandingan, dan tiada sebarang penjelasan dalam undang-undang akan dibenarkan. Setiap Kumpulan mesti memastikan bahawa mereka menerima dan sekadar patut nota-nota tentang Penjelasan Masalah untuk persediaan kepada pertandingan.


PERATURAN RASMI 4.0 Hakim-Hakim

4.1 Kelayakan individu sebagai Hakim
Ketua Pentadbir akan menentukan individu yang layak dilantik sebagai Hakim dalam Pusingan Lisan, tertakluk kepada proviso-proviso berikut :
(a) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menjadi hakim-hakim, kecuali calon-calon yang mempunyai Ijazah LL.M dan mana-mana Ijazah Sarjana yang tidak mempunyai sebarang hubungan terus secara bersekuktu dengan Kumpulan-kumpulan yang bertanding yang mana mereka hakimi.
(b) Penasihat-penasihat dari ahli fakulti atau pelatihpelatih, atau mana-mana individu yang mempunyai hubungan terus secara bersekutu dengan kumpulan yang bertanding, tidak dibenarkan menjadi Hakim dalam mana-mana Pertandingan sehingga kumpulan terkeluar atau tidak layak dari Pertandingan.

Hakim-hakim seharusnya mengundurkan diri dari menghakimi Kumpulan sekiranya mereka mempunyai hubungan peribadi atau hubungan profesional dengan individu yang bersekutu dengan kumpulan tersebut, dan sekiranya hubungan tersebut akan menjejaskan sebahagian atau mempamerkan ketidakpatutan. Walaubagaimana pun, hakim-hakim tidak sepatutnya mengundurkan diri mereka dari menghakimi sekiranya hanya sekadar mengenali ahli kumpulan.

4.2 Komen dari Hakim-Hakim
Para hakim digalakkan untuk memberi timbal balas kepada Kumpulan-kumpulan berkaitan dengan persembahan semasa dalam pertandingan lisan. Dalam memberi timbal balas tersebut, para hakim dinasihatkan untuk mengambil kira ketepatan masa dan jadual Pertandingan.


PERATURAN RASMI 5.0 Memorial

5.1 Penyerahan Memorial
Setiap Kumpulan yang mengambil bahagian dalam Pertandingan mesti menyediakan dan menyerahkan Memorial. Kumpulan tersebut mesti menyerahkan salinan Memorial ‘hardcopy’ kepada Ketua Pentadbir mengikut tarikh dan masa yang tersebut dalam Jadual rasmi. Tugasan menyediakan Memorial dalam bentuk ‘hardcopy’ adalah tugasan Kumpulan.

5.2 Bahasa dalam Memorial
Kumpulan-kumpulan boleh menyerahkan Memorial untuk Pertandingan in sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia seperti yang dikehendaki dalam setiap pertandingan. Terjemahan kepada Memorial mesti, kepada peringkat yang paling bagus, mengikut setiap patah penterjemahan. Kandungan dalam Memorial tidak boleh diperiksa semula, diperbaharui atau diperbaiki semasa dalam proses penterjemahan. Pentadbir, dalam budibicaranya boleh mengeluarkan mana-mana Kumpulan yang memperbaiki mana-mana kandungan perundangan dalam Memorial-memorial semasa penterjemahan.

5.3 Format Memorial
Jenis huruf dan ukuran teks dalam semua bahagian Memorial, termasuk nota-nota kaki, mesti sama dan mesti menggunakan Times New Roman, ukuran-12. Teks-teks pada semua bahagian Memorial, kecuali Muka Depan, isi Kandungan, dan Kandungan Autoriti, mesti menggunakan Dua Selangan, dan bermukasurat. Teks untuk nota-nota kaki mesti menggunakan Satu Selangan, tetapi mesti menggunakan Dua Selangan bagi setiap nota-nota kaki yang berasingan. Teks pada kepala rencana dibenarkan dalam Satu Selangan, tetapi mesti dalam Dua Selangan di antara setiap kepala rencana dan isi teks Memorial. Petikan daripada sumber-sumber luar dari luar yang mempunyai 50 patah perkataan atau lebih dalam mana-mana bahagian dalam Memorial akan ditanda (iaitu kanan dan kiri bertanda lekuk) dan boleh di letak dalam satu selangan.

5.4 Diskripsi Memorial

5.4.1 Bahagian-bahagian dalam Memorial
Memorial mesti mengandungi bahagian-bahagian berikut, dan hanya bahagian-bahagian yang tersebut sahaja :
(a) Muka Depan,
(b) Isi Kandungan,
(c) Indeks Autoriti,
(d) Gabungan-gabungan Autoriti,
(e) Pernyataan Perundangan
(f) Pembentangan Soalan,
(g) Pernyataan Fakta,
(h) Ringkasan Pliding,
(i) Pliding, dan
(j) Kesimpulan dan/atau Pelepasan Relif

5.4.2 Hujah Perundangan Terhad kepada Bahagian Rayuan
Hujjah perundangan atau interpretasi undang-undang terhadap fakta dalam Soalan dalam Pertandingan yang bersifat substantif dan kukuh sahaja yang akan diterima di dalam Bahagian ‘Pliding’ di dalam Memorial, termasuk Kesimpulan dan/atau Pelepasan Relif (kecuali hujjah telah dimasukkan ke dalam “Ringkasan Pliding” atau termasuk dalam “Pembentangan Soalan” ).

5.4.3 Kulit Muka
(a) Warna Kulit Muka Memorial
Kulit Muka pada memorial Parayu mesti berwarna merah, manakala pada responden mesti berwarna biru.

(b) Kandungan yang Tertera pada Kulit Muka Memorial
Setiap Memorial hanya dibenarkan mengandungi perkara-perkara berikut :
(i) Nombor pasukan,
(ii) Nama mahkamah,
(iii) Tahun Pertandingan,
(iv) Nama Kes, dan
(v) Tajuk dokumen (iaitu “Gabungan Autoriti Perayu/Responden).

(c) Nombor sebagai Pengenalan pada Kulit Muka Memorial
Setiap kumpulan mesti meletakkan nombor kumpulan masing-masing pada bahagian hujung atas kanan di luar muka depan Memorial, diikuti dengan ‘A’ untuk Perayu dan ‘R’ untuk Responden pada setiap Memorial. Sebagai contoh, untuk Kumpulan Nombor 000, tanda pengenalan adalah 000 A atau 000 R akan tertera pada Memorial di bahagian hujung atas kanan di luar muka depan Pliding atau Responden masing-masing.

5.4.4 Indeks Autoriti
“Indeks Autoriti” mesti dimasukkan pada setiap Memorial. Senarai ke semua autoriti undang-undang yang disebut dalam mana-mana bahagian dalam Memorial mesti disertakan dalam indeks. Indeks-indeks tersebut mesti selari dengan deskripsi yang terdapat dalam setiap autoriti agar pembaca secara munasabah dapat mengenalpasti dan mencari autoriti tersebut dalam mana-mana keluaran dalam edaran am, dan mesti dimasukkan juga nombor pada muka surat dalam Memorial pada mana-mana setiap autoriti yang disebutkan.

5.4.5 Gabungan Autoriti
Gabungan autoriti adalah dokumen-dokumen yang menyokong rayuan. Dokumen-dokumen yang didapati melalui sumber-sumber ‘online’ mesti disediakan dalam bentuk salinan ‘hardcopy’, sebolehnya dalam bentuk format PDF.

5.4.6 Pernyataan Fakta
Hakim-hakim akan membuat pertimbangan-pertimbangan berikut dalam menganalisa Pernyataan Fakta :
(a) Pernyataan fakta yang tersusun baik adalah terhad kepada fakta-fakta tertentu dan kesimpulan-kesimpulan yang dikehendaki berdasarkan kepada Soalan yang diberi untuk Pertandingan.
(b) Mana-mana fakta yang tiada sokongan, perubahan-perubahan terhadap fakta asal, pernyataan-pernyataan hujjah, atau kesimpulan-kesimpulan perundangan tidak boleh dimasukkan dalam pernyataan fakta.

Soalan-Soalan dalam Pertandingan boleh mempunyai fakta-fakta tertentu yang berkaitan atau teratu dari kes. Kumpulan-kumpulan akan diadili berdasarkan kepada kebolehan mereka dalam menepati fakta-fakta dalam hujjah mereka tanpa membuat sebarang fakta baru atau membuat kesimpulan-kesimpulan yang tidak munasabah daripada Soalan dalam Pertandingan tersebut.

5.4.7 Ringkasan Pliding
Ringkasan Pliding yang baik dan tersusun mesti mempunyai ringkasan substantif di bahagian “Pliding” dalam Memorial.dan bukannya menghasilkan semula ringkasan yang terdapat pada bahagian Pliding.

5.5 Panjang
a) Bahagian-bahagian pliding untuk setiap memorial, termasuk nota kaki, dan Kesimpulan dan/atau Permohonan untuk Relief mestilah tidak melebihi 9,000 patah perkataan.

b) Bahagian Ringkasan Pliding untuk setiap memorial mestilah tidak melebihi 1,000 patah perkataan.

c) Bahagian Pernyataan Fakta untuk setiap memorial mestilah tidak melebihi 1,200 patah perkataan.

Pengiraan perkataan hendaklah menggunakan piawaian “Word Count” seperti di dalam Windows, Microsoft Word.

5.6 Had di dalam Penggunaan Nota Kaki
Nota kaki boleh digunakan . Walaubagaimanapun, nota kaki hendaklah digunakan untuk mengenal pasti dari mana pernyataan itu dibuat di dalam memorial dan untuk menyatakan petikan kepada pembaca. Nota kaki tidak merangkumi pliding substantif, contohnya, atau lain-lain teks melainkan yang telah dinyatakan. Nota kaki termasuk di dalam pengiraan perkatan di bawah Peraturan 5.5

Memasukkan teks selain daripada petikan yang sebenar di dalam nota kaki adalah melanggar Peraturan 5.4.2. Kegagalan berulang kali untuk memasukkan informasi yang mencukupi di dalam nota kaki adalah satu penalti dan tertakluk kepada budibicara pihak Pentadbir.

Contoh illustrasi nota kaki yang diterima : Chung Khiaw Bank Ltd v Hotel Rasa Sayang Sdn Bhd [1990] 1 MLJ 356

Contoh illustrasi nota kaki yang melanggar Peraturan Rasmi : Chung Khiaw Bank Ltd v Hotel Rasa Sayang Sdn Bhd [1990] 1 MLJ 356 menyatakan prinsip-prinsip yang penting bahawa perenggan (a), (b), dan (e) seksyen 24 Akta Kontrak 1950 hendaklah dibaca berasingan .

Untuk ciri petikan, rujuk Appendiks H dan I daripada http://www/mmu.edu.my/~crpp/

5.7 Anoinimiti di dalam Memorial
Nama-nama ahli pasukan tidak akan dinyatakan di atas, atau di dalam memorial. Mukasurat yang ditandatangan juga tidak dibenarkan di dalam Memorial. Nama sekolah boleh dinyatakan melainkan dinyatakan sebaliknya.


PERATURAN RASMI 6.0 Prosedur Pliding Lisan

6.1 Bahasa Pliding
Di dalam Pusingan Lisan, Pasukan boleh menggulung di dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu, sebagimana yang di kehendaki di dalam setiap pertandingan.

6.2 Prosedur Am
Setiap Pusingan Lisan diperutukkan sembilan puluh (90) minit untuk pliding lisan di mana Perayu dan Responden masing-masing diberikan empat puluh lima (45) minit. Tidak lebih daripada dua (2) orang ahli daripada setiap Pasukan akan membuat presentatsi lisan didalam pusingan ini. Sebelum Pusingan Lisan bermula, setiap Pasukan dikehendaki memberitahu bailif bagaimana masa 45 minit itu akan diagihkan kepada (a) oralis pertama (b) oralis kedua, dan (c) Bangkangan (untuk Perayu) atau bangkangan balas (untuk Responden). Setiap Pasukan tidak boleh memperuntukkan lebih daripada 25 minit, termasuk bangkangan atau bangkangan balas kepada mana-mana oralis. Masa yang diperuntukkan tetapi tidak digunakan oleh mana-mana oralis tidak boleh digunakan oleh oralis yang lain, atau semasa bangkangan atau bangkangan balas.. Mana-mana ahli pasukan dibenarkan bertindak sebagai oralis ketika mana-mana pusingan di dalam pertandingan.

6.2.1.Perlanjutan Masa atas Budibicara Hakim.
Hakim-hakim boleh, di atas budibicara mereka, melanjutkan keseluruhan masa hujahan lisan Pasukan melebihi peruntukan empat puluh (45) minit yang diberikan. Oralis boleh, di dalam keadaan ini, hadir melebihi dua puluh lima (25) minit iaitu had individual sekiranya diminta untuk memberikan penerangan yang lebih.

6.3 Pliding
Susunan pliding untuk setiap pusingan adalah :-
Perayu 1 Responden 1 Perayu 2 Responden 2 Bangkangan (Perayu 1 atau 2) Bangkangan balas (Responden 1 atau 2). Oralis tidak boleh membuat hujahan tambahan setelah beliau menamatkan pliding utama, melainkan untuk bangkangan atau bangkangan balas.

6.3.1 Bangkangan atau Bangkangan balas.
Setiap Pasukan dibenarkan untuk menyimpan sehingga sepuluh (10) minit untuk bangkangan atau bangkangan balas. Sebagai kesopanan kepada hakim-hakim, Pasukan haruslah mengumumkan samada mereka ingin menyimpan masa untuk bangkangan atau bangkangan balas di awal hujahan lisan mereka, dan berapa banyak masa yang ingin mereka simpan. Kegagalan untuk memaklumkan tidak mengenepikan hak untuk bangkangan atau bangkangan balas. Hanya seorang oralis akan membuat bangkangan atau bangkangan balas. Pasukan tidak perlu menyatakan siapa di antara oralis yang akan membuat bangkangan atau bangkangan balas.

6.3.2 Ruang Lingkup Pliding
Pliding lisan pasukan tidak hanya terhad kepada ruang lingkup memorial Pasukan sahaja. Ruang lingkup bangkangan Perayu adalah terhad kepada menjawab pliding lisan primary pihak Respoden, dan Ruang lingkup bangkangan balas adalah terhad kepada menjawab bangkangan pihak Perayu. Responden tidak perlu membuat bangkangan balas sekiranya Perayu mengenepikan bangkangan pihak Perayu. Walaupun hakim-hakim dinasihatkan untuk menguatkuasa had Ruang lingkup bangkangan dan bangkangan balas, dan boleh mengambilkira perlanggaran Peraturan ini didalam pencapaian oralis, tiada penalti akan dikenakan di atas melepasi Ruang lingkup bangkangan atau bangkangan balas.

6.4 Prosedur Ex Parte
Di dalam keadaan di mana selepas menunggu dua puluh (20) minit , sesebuah pasukan gagal hadir ke Pusingan Lisan yang dijadualkan, pihak Pentadbir boleh meneruskan pusingan lisan secara ex parte. Di dalam prosiding ex parte, pasukan yang hadir akan mempersembahkan pliding lisan seolah-olah pasukan yang tidak hadir telahpun mempersembahkan pliding lisan mereka. Di dalam kes ini, melainkan disokong dengan alasan yang munasabah, semua markah lisan pasukan yang gagal hadir, seperti yang dinyatakan di bawah Peraturan 8.1(a), akan ditarik balik.

6.5 Komunikasi Semasa Pertandingan
Hanya komunikasi secara lisan yang diterangkan di bawah Peraturan 6.4 dibenarkan. Secara tepatnya, tiada komunikasi secara bertulis atau eksibit boleh diserahkan oleh mana-mana ahli pasukan kepada hakim.

6.5.1 Komunikasi secara Lisan di dalam Mahkamah di antara Kounsel dan Hakim
Komunikasi di antara Hakim-hakim dan oralis semasa tempoh masa oralis adalah dibenarkan.

6.5.2 Komunikasi secara Lisan di dalam Mahkamah dan Aktiviti di Meja Kounsel
Komunikasi di meja oralis boleh dibuat secara bertulis or secara perlahan agar tidak mendatangkan gangguan, dan semua pasukan harus mengelakkan bising, ketawa, atau lain-lain kelakuan yang tidak sopan yang boleh mengganggu perjalanan hujahan.

6.5.3 Komunikasi secara Bertulis di dalam Mahkamah
Komunikasi secara bertulis semasa Pusingan Lisan hendaklah terhad kepada komunikasi bertulis di antara ahli Pasukan yang duduk di meja kounsel . Sebarang komunikasi bertulis di antara oralis, ahli-ahli pasukan lain yang duduk di meja counsel, penonton atau ahli pasukan yang tidak duduk di meja counsel adalah tidak dibenarkan.

6.6 Penonton
Semua Pusingan Awal dan Pusingan seterusnya terbuka kepada awam. Semasa Pusingan Lisan, jurulatih pasukan, penasihat, atau lain-lain penonton dibenarkan berada di dalam bilik mahkamah

6.6.1 Tunjuk Ajar
Ahli pasukan atau mana-mana orang yang membantu secara langsung mana-mana pasukan hanya boleh menghadiri Pusingan Awal di mana kumpulan mereka bertanding. Perlanggaran kepada Peraturan ini harus dibawa ke pengetahuan Administrator serta merta, tanpa menggagu Pusingan Lisan, atau sebaik sahaja selepas Pusingan Lisan tamat.

Terdapat dua bentuk tunjuk ajar yang mana kedua-duanya adalah dilarang:

(a) “Tunjuk ajar secara langsung” berlaku apabila sesebuah pasukan atau ahli-ahlinya hadir Pusingan Lisan yang mana pasukannya mungkin akan bertanding dengan pasukan tersebut di Pusingan Lisan akan datang.
(b) “Tunjuk ajar secara tidak langsung” berlaku apabila sesebuah pasukan atau ahlinya menghadiri satu Pusingan Lisan yang membabitkan dua pasukan yang mana ianya tidak dijadualkan untuk bertanding di dalam Pusingan Awal.

Mana-mana pasukan yang dikenalpasti melakukan Tunjuk ajar secara langsung atau tidak langsung dengan niat untuk menunjuk ajar akan bertanggunggan terhadap pemotongan markah seperti dinyatakan di dalam jadual 1 oleh pihak Administrator. Di dalam keadaan di mana kesalahan tersebut berulangkali dilakukan, Ketua Pentadbir akan membatalkan penyertaan pasukan tersebut.

6.7 Audio dan Rakaman Video
Selain daripada Pusingan Akhir, tiada audio atau rakaman video untuk merakam pliding lisan dibenarkan tanpa kebenaran daripada panel hakim dan Pentadbir terlebih dahulu. Penggunaan mana-mana alat, yang boleh menyimpan audio dan/atau video dilarang semasa Pertandingan. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian tidak dibenarkan menonton atau mendengar mana-mana pita audio sehingga selesai Pertandingan tersebut yang mana melibatkan Pusingan Lisan. MULS memegang semua hak terhadap audio dan rakaman video, atau apa-apa bentuk terbitan suara dan visual, terhadap mana-mana Pusingan Lisan atau mana-mana bahagian. Semua pasukan adalah dianggap telah bersetuju untuk dirakam dan disiarkan mana-mana rakaman Pusingan Lisan.

6.8 Komputer dan Komputer Riba di dalam Mahkamah.
Semasa Pusingan Lisan, oralis dan ahli-ahli pasukan yang duduk di meja counsel tidak boleh mengendalikan komputer riba, atau komputer atau apa-apa peralatan komputer untuk apa-apa tujuan pun.


PERATURAN RASMI 7.0 Prosedur Pertandingan berpasangan

7.1 Pusingan Awal
Melainkan dinyatakan di dalam Peraturan tambahan, di dalam Pusingan Awal, setiap pasukan akan mengambil bahagian di dalam dua (2) Pusingan Lisan, satu sebagai Perayu dan satu lagi sebagai Responden. Purata markah untuk kedua-dua pusingan akan digunakan untuk menentukan enam belas (16) kumpulan yang teratas layak ke Pusingan seterusnya.

Setiap pasukan harus, bertemu mana-mana Pasukan lawan hanya sekali di dalam Pusingan Awal. Sekiranya Pasukan tersebut terpaksa bertemu di dua (2) pusingan lisan semasa Pusingan awal, setiap Pasukan hendaklah menjadi Perayu di satu pusingan dan Responden di pusingan yang lain.

7.1.1 Pasangan untuk Pusingan Awal
Pasangan untuk setiap Pasukan akan dibuat, bagi peringkat pertama, melalui cabutan secara rawak. Pihak Pentadbir boleh mengubah pasukan-pasukan disebabkan oleh ketidakhadiran sesuatu pasukan atau lain-lain sebab. Sekiranya pasukan-pasukan diberi pasangan baru, mereka hendaklah memberi memorial kepada pihak pembangkang secepat mungkin, tidak kurang dari lima belas (15) minit sebelum pertandingan dimulakan.

7.2 Pusingan Seterusnya
Pusingan Seterusnya terdiri daripada Pusingan Octa Akhir, Pusingan Suku akhir, Pusingan Separuh Akhir dan Pusingan Akhir.

7.2.1 Pusingan Okta Akhir
Pusingan Okta Akhir terdiri dari enam belas (16) pasukan teratas di dalam Pusingan Awal, sebagaimana dinyatakan di dalam Peraturan 7.1. Sekiranya seri, Pasukan yang mempunyai purata markah lisan yang lebih tinngi akan layak ke Pusingan seterusnya. Sekiranya terdapat dua (2) pasukan mempunyai purata markah lisan yang sama, pasukan yang mendapat purata marakah yang lebih tinggi untuk kandungan perundangan di dalam memorial bertulis akan layak ke Pusingan seterusnya. Sekiranya kedua-dua purata markah tersebut adalah seri, maka terpulanglah kepada budibicara pihak Pentadbir untuk menentukan dan keputusan tersebut tidak boleh dipertikaikan.

7.2.2 Pusingan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir.
Di Pusingan Suku Akhir terdiri daripada empat (4) pasang iaitu dari lapan (8) pasukan yang menang di Pusingan Okta akhir. Pusingan Separuh Akhir pula terdiri dari dua (2) pasangan iaitu empat (4) pasukan yang menang di Pusingan Suku Akhir.Dua (2) pasukan yang menang di Pusingan Separuh Akhir akan ke Pusingan Akhir.

7.3 Pasangan ke Pusingan Seterusnya
Pasangan untuk ke Pusingan Seterusnya dan Memorial pihak pembangkang akan diedarkan kepada pasukan-pasukan pada hari pertama Pertandingan. Pihak Pentadbir boleh mengubah pasangan disebabkan ketidakhadiran mana-mana pasukan. Atas sebab berikut, pihak Pentadbir akan memberitahu Pasukan yang terlibat dan memberi Memorial pihak satu lagi secepat mungkin.

7.3.1 Peraturan Pasangan Am – ‘Power Seeding’
Pasangan di dalam Pusingan Seterusnya akan ditentukan menggunakan ‘power-seeding’. Bagi tujuan Peraturan ini, semua kedudukan akan ditentukan melalui kedudukan terakhir di Pusingan Awal.

Contoh illustrasi: di bawah Peraturan ini, pasangan di dalam Pusingan Okta Akhir adalah seperti berikut:
1 vs.9, 5 vs. 13, 3 vs. 11, 7 vs. 15, 2 vs. 10, 6 vs. 14, 4 vs. 12, 8 vs. 16.


PERATURAN RASMI 8.0 Sistem Permarkahan

8.1 Cara Permarkahan
Sistem permarkahan terdiri daripada dua (2) bahagian, iaitu:
(a) Permarkahan di Pusingan Lisan (70%)
(b) Permarkahan untuk Memorial Bertulis (30%)

Jumlah markah pertandingan bagi sesebuah pasukan adalah jumlah (a) dan (b). Untuk pecahan markah,sila rujuk Jadual 1 dan 2.

Markah untuk Memorial bertulis akan diberi oleh Pentadbir, dan markah tersebut tidak akan diberitahu kepada para hakim. Markah untuk Pusingan Lisan akan diberikan oleh hakim yang berkenaan. Semua keputusan yang dibuat di dalam sistem permarkahan adalah di atas budi bicara pihak Pentadbir dan/atau hakim dan adalah muktamad.

Hakim hendaklah merahsiakan markah yang diberikan kepada setiap pasukan, dan keputusan setiap hakim; hanya identiti pasukan yang menang akan diberitahu.

8.2 Panel Seorang Hakim
Sekurang-kurangnya akan terdapat seorang (1) hakim untuk:
(a) Pusingan Awal; dan
(b) Pusingan Seterusnya (daripada Pusingan Okta akhir hingga Pusingan Separuh Akhir)

8.3 Panel Tiga Hakim
Administrator akan melantik tiga (3) hakim di dalam Pusingan Akhir, sekiranya perlu.

8.4 Penentuan Pemenang Pertandingan
Pemenang pertandingan adalah Pasukan yang berjaya mendapat jumlah markah yang tertinggi di bawah Peraturan 8.1 (a) dan (b). Sekiranya seri, Pasukan yang mendapat markah yang lebih tinggi semasa Pusingan Lisan akan menang. Sekiranya terdapat dua (2) pasukan mempunyai purata markah lisan yang sama, pasukan yang mendapat purata marakah yang lebih tinggi untuk kandungan perundangan di dalam memorial bertulis akan menang. Sekiranya kedua-dua purata markah tersebut adalah seri, maka terpulanglah kepada budibicara pihak Pentadbir untuk menentukan dan keputusan tersebut adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

8.5 Prosedur Pengaduan
Sekira sesebuah Pasukan percaya perlanggaran Peraturan telah berlaku semasa Pusingan Lisan, beliau hendaklah memberitahu bailif secara bertulis dalam masa lima (5) minit daripada penutupan Pusingan Lisan. Pasukan hendaklah memberitahu Administrator berkaitan aduan, sekiranya tiada bailif. Perlanggaran tersebut dan pihak yang terbabit dengan perlanggaran itu hendaklah dinyatakan dengan jelas di dalam kenyataan bertulis. Kegagalan mematuhi prosedur yang diperuntukan di dalam perenggan ini akan menyebabkan aduan pasukan tersebut ditolak. Sekiranya seorang atau lebih hakim percaya bahawa terdapat perlanggaran semasa Pusingan Lisan, beliau hendaklah memberitahu bailif secara lisan atau secara bertulis dalam tempoh lima (5) selepas Pusingan Lisan selesai. Sekiranya perlu, perkara tersebut hendaklah dibawa ke bailif di luar pengetahuan lain-lain hakim.


PERATURAN RASMI 9.0 Award

9.1 Pemenang Moot
Pasukan yang berjaya di dalam mengumpul markah tertinggi di bawah Peraturan 8.1 di Pusingan Akhir akan memenangi pertandingan. Pasukan yang menang di Pusingan Akhir akan menerima trofi yang dipertandingkan.

9.2 Oralis Terbaik
Di setiap Pusingan Lisan, oralis yang mendapat markah lisan individu tertinggi di bawah Peraturan 8.1 (a) akan menjadi Oralis Terbaik. Sekiranya terdapat persamaan markah untuk dua (2) atau lebih oralis, hakim mempunyai budi bicara untuk menentukan Oralis Terbaik, dan keputusan tersebut tidak boleh dipertikaikan. Hanya Oralis Terbaik di Pusingan Akhir akan layak mendapat Trofi Oralis Terbaik.

9.3 Memorial Terbaik
Di dalam Pusingan Akhir, Pasukan yang mendapat markah tertinggi untu Memorial bertulis di bawah Peraturan 8.1(b) akan mendapat Trofi Memorial Terbaik. Sekiranya seri, Ketua Pentadbir mempunyai budi bicara untuk menentukan Pasukan yang layak untuk mendapat trofi tersebut, dan keputusan tersebut adalah muktamad.



PERATURAN RASMI 10.0 Lain-lain

10.1 Peraturan Tambahan
Di dalam setiap Pertandingan, Jawatankuasa penganjur boleh membuat Peraturan tambahan berkaitan implementasi Peraturan-Peraturan Rasmi dan berkaitan apa-apa perkara incidental, ancillary atau tambahan atau berkenaan perjalanan dan pentadbiran Pertandingan.