Oct 30, 2008

Publication of Questions 1 (Prelims)

Peringkat Awal

TORT:- Dalam Mahkamah Rayuan

Jiran lwn. Pekebun dan Slaughter Sdn Bhd


Pekebun dan Jiran merupakan jiran dan taman mereka dipisahkan oleh pagar kayu. Di taman Pekebun terdapat serumpun bunga-bungaan yang ditanam di tepi pagar tersebut. Sementara itu, Jiran menanam sayur-sayuran di tepi pagar tamannya. Dalam usaha menghapuskan serangga perosak tanaman, Pekebun telah membeli racun rumpai yang berkualiti iaitu ‘Slaughter’. Pada botol racun tersebut tertera bahawa ‘Slaughter’ adalah beracun kepada manusia dan ditulis dengan terang “Sila cuci tangan dengan bersih selepas menggunakannya.”

Pekebun menyembur racun ‘Slaughter’ ke rumpun bunga-bungaannya dengan banyak. Walau bagaimanapun, pada hari yang sama, hujan telah turun dan seterusnya mengalirkan sebahagian daripada racun yang terdapat di bawah pagar kayu tersebut kepada batas sayuran Jiran. Namun, daun salad yang ditanam di kebun Jiran tidak menunjukkan sebarang tanda kerosakan. Sebahagian daripada daun salad itu kemudiannya telah dimakan oleh ahli keluarga Jiran pada petang hari tersebut. Pada keesokan harinya, anak lelaki Jiran yang berumur 6 tahun, Micheal, telah mengadu sakit perut dan diserang demam panas dan kemudiannya dimasukkan ke hospital. Bukti perubatan telah menunjukkan bahawa penyebab kepada demam tersebut ialah racun rumpai tersebut.

Jiran telah memfailkan saman bagi pihak Micheal terhadap Pekebun berdasarkan peraturan di dalam kes Rylands v Fletcher dan juga terhadap Slaughter Sdn Bhd sebagai pengilang atau pembuat racun rumpai tersebut.

Di peringkat yang pertama Hakim J. telah memutuskan bahawa saman ke atas Pekebun gagal kerana penggunaan racun rumpai adalah penggunaan lazim (natural use) ke atas tanah dan peraturan dalam Rylands v Fletcher tidak boleh digunakan untuk mendapatkan gantirugi terhadap kecederaan diri (personal injury). Seterusnya, Hakim J juga memutuskan bahawa Slaughter Sdn Bhd telah memberikan amaran yang secukupnya kepada pengguna seperti yang tertera pada labelnya. Oleh yang demikian, tiada kes boleh disabitkan terhadap pengilang tersebut. Jiran telah diberikan keizinan untuk merayu. Jiran memutuskan untuk tidak meneruskan tuntutan terhadap Slaughter Sdn Bhd tetapi merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap Pekebun berdasarkan sebab-sebab yang berikut:-

1) Penggunaan racun rumpai tersebut bukan merupakan penggunaan lazim ke atas tanah Pekebun.
2) Peraturan dalam kes Rylands v Fletcher boleh digunakan untuk mendapatkan gantirugi terhadap kecederaan diri.


Preliminary Round

TORT:- In the Court of Appeal


Jiran v Pekebun


Pekebun and Jiran are neighbours with a wooden fence separating their gardens. In Pekebun’ garden there are flower beds adjacent to the fence while Jiran grows vegetables adjacent to the fence in his garden. In an attempt to eradicate the weed in his flower beds, Pekebun purchased a powerful weedkiller called ‘Slaughter’. Warnings on the canister stated that ‘Slaughter’ was poisonous to humans and also clearly stated "Wash hands thoroughly after use".
Pekebun sprayed ‘Slaughter’ liberally on his flower beds. However, later that day, rain washed some of the weedkiller under the fence onto Jiran’s vegetable patch. A crop of lettuce growing there showed no visible signs of damage. Some of the lettuce was eaten by the Jiran family that evening. The next day Jiran’s six year-old son, Michael, began to complain of stomach pains and was seriously ill and admitted into hospital. The medical evidence conclusively traced the cause of the illness to the weedkiller.
Jiran brought an action on Michael’s behalf against Pekebun based on the rule in Rylands -v- Fletcher and Slaughter Sdn. Bhd. as the manufacturers of the weedkiller.
At first instance Hakim J. held that the claim against Pekebun failed on the grounds that the use of the weedkiller was a natural use of the land and that the rule in Rylands -v- Fletcher could not be used to obtain damages for personal injury. Secondly he found that Slaughter Sdn. Bhd. had issued sufficient warning on its label and therefore there was no sustainable action against the manufacturer. Jiran was granted leave to appeal. Jiran decided not to pursue the claim against Slaughter Sdn. Bhd. but appeals to the Court of Appeal against Pekebun on the following grounds:
1. The use of the weedkiller was a non-natural use of Pekebun’ land.
2. The rule in Rylands -v- Fletcher could be used to obtain damages for personal injury.