Dec 6, 2012

Moot Problem Final Round (Bahasa Melayu)


DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA
DI PUTRAJAYA
(DALAM BIDANGKUASA RAYUAN)
NO. MOOT 2012
ANTARA
RAHMAT BULAT SDN BHD PERAYU
DAN
RAJESH SINAR SDN BHD RESPONDEN
Rahmat Bulat Sdn. Bhd (RB), pemaju perumahan telah memeterai perjanjian jual beli ("Perjanjian tersebut") dengan Rajesh Sinar Sdn. Bhd. (RS). Di dalam Perjanjian tersebut yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 31 Mac 2010, RS bersetuju untuk menjual dan RB bersetuju untuk membeli 1,140.40 ekar tanah di Mukim Melaka Tengah di negeri Melaka dengan harga RM3,000,000.00. Selepas pembayaran deposit (10%) dan tiga (3) kali ansuran berjumlah RM300,000.00 daripada harga belian, dalam beberapa bulan kemudiannya RB memaklumkan kepada RS bahawa mereka telah gagal untuk mendapatkan pinjaman untuk membayar baki harga belian dari mana-mana institusi kewangan. RB juga menegaskan bahawa mereka telah dilepaskan daripada meneruskan perjanjian tersebut secara sah. RS berkeras untuk mendapatkan baki penuh harga belian tersebut.
RB kemudiannya memulakan prosiding di Mahkamah Tinggi untuk suatu perisytiharan bahawa kontrak tersebut telah terganggu (frustrasi) dan oleh sebab itu RB telah terlepas daripada kewajipan untuk melaksanakan kontrak tersebut. RB juga meminta bayaran balik kesemua wang yang dibayar di bawah kontrak tersebut. RS memfailkan tuntutan balas dan memohon untuk mendapatkan suatu perintah pelaksanaan spesifik kontrak, pampasan atau ganti rugi sebagai tambahan kepada perintah pelaksanaan spesifik atau secara alternatif, ganti rugi kerana pelanggaran kontrak dalam gantian pelaksanaan spesifik. Hakim yang bijaksana menolak tuntutan RB dengan kos. Hakim yang bijaksana, bagaimanapun, tidak memberi perintah pelaksanaan spesifik tetapi sebagai ganti, beliau mengawardkan pampasan/ gantirugi kepada RS di bawah klausa 10.1 perjanjian tersebut seperti berikut:
10.1 Kegagalan di Pihak Pembeli
Sekiranya mana-mana pelanggaran oleh pembeli apa-apa peruntukan perjanjian ini penjual hendaklah (tertakluk kepada dan selepas tamat notis secara bertulis kepada pembeli yang memerlukan pembeli untuk membetulkan pelanggaran itu dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh daripadanya dengan syarat bahawa notis sedemikian hanya perlu jika pelanggaran tidak melibatkan pembayaran ansuran kedua atau ansuran ketiga) berhak untuk membatalkan ansuran pertama dan jumlah yang bersamaan kepada sebelas peratus (11%) setahun atas ansuran yang ketiga atau sebahagian daripadanya yang belum dibayar / terkumpul dikira dari tarikh tamat kerana sehingga tarikh yang pelucuthakan itu dengan bayaran pampasan/gantirugi yang dipersetujui dan peguamcara penjual hendaklah
memulangkan kepada pembeli semua wang lain yang dibayar oleh pembeli terhadap pembelian tanah (tanpa faedah) dalam pertukaran hakmilik di mana perjanjian ini adalah tamat dan terhenti daripada apa-apa kesan lagi tetapi tanpa prejudis terhadap hak yang boleh didapati oleh mana-mana pihak terhadap pihak lain berkenaan dengan apa-apa yg melanggar perjanjian ini.
Hakim yang bijaksana memerintahkan pelucuthakan deposit dan jumlah bersamaan dengan 11% setahun ke atas ansuran ketiga. RB merayu terhadap keputusan hakim perbicaraan mengenai isu-isu frustrasi kontrak, isu tuntutan RS dalam pliding dan persetujuan ganti rugi di bawah klausa 10.1 fasal perjanjian itu,
RB merayu atas alasan bahawa:
i. kegagalan untuk mendapatkan pinjaman untuk membayar baki harga belian kerana masalah kecairan dan peraturan Bank Negara ke atas pinjaman kepada sektor harta benda yang luas adalah supervening (gangguan) luar kawalan perayu.
ii. ganti rugi yang diawardkan di bawah klausa 10.1 perjanjian itu adalah melampaui batas, terlalu tinggi dan tidak berpatutan.

No comments: