Dec 19, 2012

Pertandingan Mut Universiti Multimedia (Pusingan Akhir) Penjelasan Masalah

Pasangan 18


1.      Di dalam kontrak yang telah dimateraikan antara Rahmat Bulat Sdn. Bhd. and Rajesh Sinar Sdn. Bhd.,  adakah perjanjian tersebut mengandung sebarang klausa atau peruntukan untuk pelucuthakan deposit?
Terpulang kepada andaian Mooters.

2.      Adakah pinjaman atau bantuan daripada institusi kewangan merupakan satu syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak?
Terpulang kepada andaian Mooters.

3.      Bilakah polisi Bank Negara Malaysia terhadap sektor harta benda luas dikuatkuasakan?
Terpulang kepada andaian Mooters.


4.      Adakah keputusan hakim yang bijaksana di Mahkamah Tinggi hanya berdasarkan klausa 10.1?
Berdasarkan fakta kes yang telah diberikan, ya dan juga sila rujuk kepada Keputusan Hakim yang mahu dirayu oleh Perayu.

Pasangan 23

1.      Adakah jumlah sebanyak RM300,000.00 itu adalah jumlah daripada 10% deposit + 3 kali ansuran ataupun ianya jumlah 3 kali ansuran?

Amaun yang diberikan adalah jumlah keseluruhan 3 kali ansuran yang telah dibayar (RM300,000.00). Deposit yang telah dibayar pula adalah sebanyak 10% daripada harga belian tanah.


2.      Adakah RB mematuhi peraturan Bank Negara semasa membuat pinjaman?
Rujuk kepada fakta kes dan alasan-alasan rayuan, sekiranya RB berjaya memenuhi peraturan BNM, masih ada pecah kontrak? Namun begitu, mooters boleh membuat andaian sebaliknya bersama alasan yang kukuh.




3.      Pihak manakah yang menghadapi masalah kecairan?Negara,RB ataupun yang lain-lain?
Pihak mana yang perlu membuat pinjaman? Rujuk pada fakta kes.

4.      Mengapakah RB menegaskan bahawa mereka telah terlepas daripada meneruskan perjanjian itu secara sah?
Terpulang kepada andaian/hujahan mooters berdasarkan alasan rayuan.


5.      Adakah perjanjian yang ditandatangani antara RB dan RS pernah mengatakan bahawa RB akan membeli tanah tersebut dengan mendapatkan pinjaman daripada institusi-institusi kewangan?
Sila rujuk fakta kes yang mana pernyataan tersebut tiada dinyatakan, namun Mooters boleh membuat andaian sebagaimana perlu.

6.      Adakah kedua- dua pihak penjanji terikat dengan perjanjian yang ditandatangani pada 31 Mac 2010?
Mooters boleh membuat andaian sebagaimana perlu.

7.       Selepas pembayaran deposit (10%), RS telah membayarkan tiga (3) kali ansuran berjumlah RM300,000.00 daripada harga belian, apakah jumlah yang berkenaan pada setiap kali ansuran yang telah dibayarkan, terutamanya, kepada ansuran pertama dan ansuran ketiga?
Kurang faham dengan soalan mooters tetapi, RM300,000.00 adalah jumlah keseluruhan 3 kali ansuran pembayaran. Andaian boleh dibuat jika perlu.

8.      Adakah perlucutan deposit dan ganti rugi yang diawardkan di bawah klausa 10.1 perjanjian, (iaitu, perlucutan ansuran pertama dan 11% kepada ansuran ketiga) adalah sama ataupun berbeza?
Berdasarkan fakta kes, tidak. Peghakiman Hakim kepada RS adalah deposit 10% menjadi hak RS serta award dibwh klausa 10.1 iaitu gantirugi yg dikira sebyk 11% dari ansuran ketiga.

9.      Merujuk kepada klausa 10.1 dalam perjanjian, penjual berhak untuk membatalkan ansuran pertama dan jumlah yang bersamaan kepada sebelas peratus (11%) setahun atas ansuran yang ketiga atau sebahagian daripadanya yang belum dibayar / terkumpul dikira dari tarikh tamat.. Atas pemahaman saya, ansuran pertama hingga ketiga adalah yang telah dibayar oleh pembeli, tetapi apa yang telah dimaksudkan merujuk kepada “atau sebahagian daripadanya yang belum dibayar / terkumpul”, Sila jelaskan.
Sila rujuk kepada klausa 10.1 didalam fakta kes. Klausa tersebut menyatakan bahawa, sekiranya terdapat perlanggaran oleh pembeli di dalam apa2 peruntukan perjanjian, penjual berhak untuk membatalkan ansuran yg pertama dan jumlah yang bersamaan kepada sebelas peratus (11%) setahun atas ansuran yang 3 atau ke atas ansuran yang masih belum berbayar. Mengikut fakta kes, anusran telah dibayar sebanyak 3 kali. Maka, 11% tadi adalah utk ansuran yg ketiga. Ambil perhatian atas kehendak Notis di dalam Klausa 10.1.

No comments: