Nov 1, 2014

Moot Problem (BM)


MOOT PROBLEM 2014

Bruce Lee & Anna Wong v Highland University

Bruce Lee (Encik Lee) dan Anna Wong (Cik Wong) merupakan sahabat dan pelajar tahun akhir
jurusan undang-undang di Highland Universiti, iaitu sebuah universiti awam di Selangor.
Mereka juga merupakan satu-satunya ahli dalam Sains Politik Kemasyarakatan Highland
Universiti (HUPSS), iaitu sebuah kelab yang diiktiraf dan diluluskan oleh Universiti.
Pada Julai 2013, kedua-dua mereka, Encik Lee dan Cik Wong menerima email iklan Sosialisme
2014, di mana satu persidangan Sosialisme akan diadakan di Chicago, U.S., dari 26-29 Jun 2014.
Laman web persidangan tersebut menyatakan:

Sosialisme 2014 merupakan persidangan 4 hari yang mengabungkan seratus
sosialis dan aktivis radikal dari serata negara yang mengambil bahagian
dalam perbincangan mengenai Marxisme, sejarah kelas pekerjaan, dan
perdebatan dan strategi-strategi pengurusan hari ini.
(http://www.socialismconference.org/about-s14/)

Pada 1 Ogos 2013, Encik Lee dan Cik Wong bersama-sam menghantar permohonan bagi pihak
HUPSS untuk pembiayan perjalanan ke Chicago dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, iaitu bahagian
yang bertanggungjawab memberikan pembahagian pembiayaan bagi kelab- kelab pelajar di
Universiti tersebut.

Pada 15 Ogos, mereka menerima jawapan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar menolak
permohonan tersebut. Notis penolakan menyatakan, “ Pembiayaan tidak diluluskan.” Rekodrekod
universiti menunjukkan penolakan ini merupakan satu-satunya permohonan pelajar untuk
pembiayaan bagi tahun 2013 yang ditolak sepenuhnya.

Sementara itu, Encik Lee dan Cik Wong telah dipilih sebagai ahli bagi pasukan mooting
mewakili universiti dalam pertandingan LAWASIA Moot Court yang diadakan di Kuala
Lumpur. Pada 24 Ogos 2013, pasukan mooting Highland menyertai pertandingan LAWASIA
tersebut. Universiti merupakan penaja kepada separuh dari perbelanjaan –perbelanjaan pasukan,
termasuk makanan, tempat kediaman, fee pendaftaran dan kos minyak. Separuh lagi dibayar oleh
pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian memandu
kereta mereka ke tempat pertandingan. Jurulatih pertandingan merupakan pensyarah Universiti
tersebut. Pada sebelah petang selepas hari pertama pertandingan tersebut, Encik Lee dan Cik
Wong bercadang untuk berjalan –jalan di sekitar kawasan berdekatan dengan tempat
pertandingan. Mereka mengunjungi dari satu rumah ke satu rumah meminta wang bagi
membantu perjalanan ke Sosialisme 2014. Apabila ketukan mereka dijawab, mereka
menerangkan bahawa mereka merupakan ahli dalam Kelab Sains dan Politik Highland Universiti
dan mereka sedang memungut derma untuk pembiayaan perjalanan ke Sosialisme 2014.
2
Vera Wang, salah seorang yang menetap di sekitar kawasan tersebut, agak terganggu selepas
rumahnya dikunjungi oleh pelajar-pelajar berkenaan. Pada 29 Ogos 2013, beliau menghubungi
Rosalind Chao, Naib Canselor Universiti untuk membuat aduan.
Pada 2 September 2013, Naib Canselor Chao memanggil Encik Lee dan Cik Wong ke pejabat
beliau. Selepas beramah mesra, berlaku percakapan seperti berikut:
Naib Canselor Chao: “Jadi kamu adalah ahli-ahli dalam Kelab Sains dan Politik tersebut, benar?
Saya tidak pernah suka kepada idea tersebut.”

Cik Wong: “Ya”

Naib Canselor Chao: “Saya menerima aduan dari seorang yang menetap di Kuala Lumpur
menegenai kunjungan kamu ke rumahnya meminta derma untuk perjalanan yang kamu rancang
ke Chicago bagi menghadiri persidangan Sosialis. Adakah ini benar?”

Encik Lee : “Ya”

Naib Canselor Chao: “Ini adalah satu perbuatan yang dilarang. Kamu hendaklah memberi
penerangan dalam kadar segera. Sekiranya kamu tidak mempunyai alasan yang meyakinkan,
kamu boleh dikenakan tindakan yang sepatutnya. Terangkan dengan kadar segera kerana saya
akan menghadiri mesyuarat dalam masa lima minit.

Encik Lee dan Cik Wong tidak berkata apa-apa. Selepas beberapa ketika mendiamkan diri, Naib
Canselor menyuruh mereka beredar dari pejabatnya.

Seminggu kemudian, Encik Lee dan Cik Wong menerima surat yang dihantar melalui pos ke
rumah mereka masing-masing memaklumkan bahawa mereka telah di buang dari Universiti
kerana melanggar Seksyen 15A(1) Akta Universiti –Universiti dan Akta Universiti dan Kolej
1971 (“UUCA”). Peraturan-peraturan Universiti tidak menyebut tentang UUCA dan tidak juga
menyebut tentang cara kutipan tabung pelajar. Universiti hanya menyatakan, bahawa, pelajarpelajar
boleh di buang jika “ melakukan sebarang kesalahan.”

Encik Lee dan Cik Wong bercadang untuk membuat rayuan terhadap keputusan Naib Canselor
melalui prosedur-prosedur Universiti. Prosedur-prosedur tersebut menyatakan bahawa sebarang
rayuan terhadap keputusan Naib Canselor hendaklah diajukan kepada Lembaga Pengarah
Universiti. Lembaga Pengarah boleh, tidak semestinya, memilih untuk mendengar rayuan
tersebut. Lembaga Pengarah menolak untuk mendengar rayuan tersebut.

Encik Lee dan Cik Wong mencabar keputusan Naib Canselor dengan memohon untuk Semakan
Kehakiman di Mahkamah Tinggi. Di Mahkamah Tinggi (Permohonan untuk Semakan
Kehakiman No. 25-10-2014) persoalan-persoalan berikut telah diajukan:

1. Samaada keputusan Universiti untuk membuang pemohon-pemohon adalah tidak sah atas
alasan-alasan ketidakpatuhan prosedur dan /atau tidak sah mengikut undang-undang.

2. Samaada Seksyen 15A UUCA adalah tidak mengikut perlembagaan kerana ianya
bercanggah dengan hak kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan/ atau berpersatuan
seperti dalam Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pihak-pihak hadir di Mahkamah Tinggi mengenai dua persoalan-persoalan tersebut.

No comments: