1. Adakah Puffina mengetahui bahawa dadah tersebut tercemar? ataupun adakah dia sedar akan dadah tersebut adalah berlainan?
Tidak tersebut dalam fakta
2. Dengan kasifikasi apakah dadah tersebut tercemar?
Tidak tersebut dalam fakta
3. Puffina telah keluar membeli cuka, adakah cuka tersebut berkenaan dengan penyuntikkan dadah?
Tidak tersebut dalam fakta. Sila buat kajian/bacaan sendiri.
COMMENT : RELEVANT, TAKE NOTE ON THE TYPO ERROR (HIGHLIGHTED)
Team 22
1. Fakta-fakta kes mengatakan bahawa Rokok dan Puffina adalah penagih dadah. Berapa lamakah, dari segi tahun, Rokok boleh dikatakan sebagai seorang yang ketagih dadah?
Tidak tersebut dalam fakta. Sila buat kajian/bacaan sendiri.
2. Fakta mengatakan bahawa Rokok berhenti menagih dadah. Untuk berapa lamakah beliau telah berhenti sehingga hari peninggalannya (gantikan dengan “beliau meninggal”)?
Tidak tersebut dalam fakta.
3. Adakah Rokok seorang yang sensitif ataupun mudah dipengaruhi?
Tidak tersebut dalam fakta.
4. Apakah jenis hubungan Rokok dan Puffina? Adakah hanya sebagai rakan untuk menagih dadah ataupun sememangnya kawan yang karib?
Tidak tersebut dalam fakta
5. Bagaimanakah dadah heroin tercemar,dan apakah puncanya?
Dadah pada dasarnya adalah bahan tercemar (sila rujuk dictionary)
6. Selepas Rokok menyuntik dirinya dengan dadah, kira-kira berapa lamakah ia mengambil sebelum beliau meninggal?
Tidak tersebut dalam fakta
7. Adakah Puffina seorang sahaja yang tinggal di flatnya?
Tidak tersebut dalam fakta
8. Apakah punca rasmi yang diberi oleh pembedah siasat bagi kematian Rokok?
Sila rujuk soalan
9. Adakah Rokok meninggal kerana penyuntikan dadah tercemar, ataupun sebab yang lain seperti keterlebihan dos ataupun embolisme (penyuntikan buih udara ke dalam arteri yang boleh menyebabkan strok)?
Sila rujuk soalan
10. Adakah logik untuk mengandaikan bahawa Rokok mati kerana dadah tercemar? Jikalau ya, mengapakah dadah itu tiada sebarang kesan ke atas Puffina?
Tidak tersebut dalam fakta
11. Adakah Puffina turut mengambil heroin bersama dengan Rokok sepertimana yang dijanjikan oleh beliau di dalam fakta kes?
Tidak tersebut dalam fakta
12. Apakah usia Rokok dan Puffina?
Tidak tersebut dalam fakta
13. Fakta mengatakan bahawa heroin di dalam penyuntik adalah dadah jenis yang bagus. Adakah ia cuma lebih memberangsangkan ataupun komposisi dadah heroin yang digunakan oleh Rokok pada hari itu suatu komposisi yang berlainan daripada dadah yang biasa di ambil olehnya?
Tidak tersebut dalam fakta
COMMENT : RELEVANT, TAKE NOTE ON THE TYPO ERROR (HIGHLIGHTED)
Team 44
1. Adakah pihak perayu boleh mengalihkan beban liabiliti kepada Dan sebaliknya kerana membekalkan heroin yang tercemar?
Tidak tersebut dalam fakta. SIla rujuk soalan.
2. Adakah Rokok telah meninggal dunia sejurus selepas beliau menyuntik dirinya?
Tidak tersebut dalam fakta
3. Adakah Puffina telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menolong Rokok selepas Rokok menyuntik dirinya?
Tidak tersebut dalam fakta
4. Apabila Rokok menyuntik dirinya, adalah ia kali pertama beliau menyuntik sendiri?
Tidak tersebut dalam fakta
5. Sejak bila dan sekerap mana mereka mengambil dadah jenis heroin?
Tidak tersebut dalam fakta
6. Apakah kegunaan cuka di dalam kes ini? Adakah ia memainkan peranan penting dalam pengambilan dadah jenis heroin?
Tidak tersebut dalam fakta
7. Adakah ‘heroin itu jenis yang bagus’ tersebut berbeze daripada heroin yang mereka selalu ambil?
Tidak tersebut dalam fakta
8. Adakah Rokok mempunyai apa-apa penyakit yang mungkin menyumbang kepada kematiannya?
Tidak tersebut dalam fakta
9. Adakah Puffina mempunyai pengetahuan bahawa dadah jenis heroin tersebut telah tercemar?
Dadah sememangnya bahan tercemar. Sila rujuk dictionary.
Persoalan
Adakah alasan yang keempat iaitu:
4. Hakim perbicaraan gagal mengambilkira peruntukan seksyen 304 Kanun Jenayah kecuaian mengakibatkan kematian yang tidak termasuk di bawah membunuh atau membunuh tanpa niat.
Seksyen 304 Kanun Jenayah membincangkan tentang ‘Punishment for culpable homicide not amounting to murder’. Adakah alasan keempat ini sebenarnya merujuk kepada seksyen 304A iaitu “Causing death by negligence”. Dengan ini kami memohon agar pihak berkenaan merujuk semula penggunaan seksyen ini. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih.
Jawapan kepada soalan ini islah s.304 Kanun Keseksaan.
COMMENT : RELEVANT, TAKE NOTE ON THE TYPO ERROR (HIGHLIGHTED)
No comments:
Post a Comment