Nov 30, 2009

Preliminary Round Problem Question

English version

In the High Court of Malaya at Malacca
Michael Yeo & 6 Others v Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah & Another


The seven applicants are individuals and registered proprietors of residential properties known Lot 3217 to 3221, Jalan Muzaffar Shah, Muzaffar Heights, Ayer Keroh, Melaka (‘the said Properties’). The said Properties are part of Lot 8282 (‘Lot 8282’) which had been sub-divided into various sub-divided titles including the said Properties.

Adjoining the said Properties is a parcel of land known as Lot 8534 to which adjoins another parcel of land known as Lot 8655. Lot 8534 and Lot 8655 have been set aside for the purpose of maintaining open public spaces under a development plan duly approved by the first respondent in or about April 2004 (‘the said Plan’)

The first respondent is the local authority in charge of Historical Melaka City (‘HMC’) and is vested with the powers in respect of the approval of development plans within HMC.

The second respondent, Lestari Development Sdn Bhd is a developer who submitted the said Plan and completed the development of Lot 8282 which include the said Properties.

The said Properties were built on the basis that Lot 8534 and Lot 8655 were to be reserved for public spaces. It was on this basis that the residential properties forming part of Lot 8282 were sold to the respective purchasers, including the applicants. Lot 8534 and Lot 8655 too were vested in the first respondent to keep the parcels of land open for public spaces.

On 15 November 2007 the second respondent applied for an amendment to the said Plan, viz to develop Lot 8655 as two blocks of 8 storey apartments (64 units) with gymnasium at roof level and an underground car park.

Notice was given on 10 July 2008 by the first respondent in The Star and Berita Harian and also by way of a letter dated 10 July 2008 to the applicants regarding the proposed development. The applicants raised various objections in their respective letters to the first respondent and also during a meeting convened by the Director of Town Planning of the first respondent on 18 September 2008.

On 16 July 2009 the first respondent issued a notice which was received by the applicants between 23 and 27 July 2009 whereby the first respondent informed the applicants that the first respondent was approving the development and granting permission to develop Lot 8655.

The applicants are now seeking leave to apply for inter alia, an order of certiorari to quash the decision of the first respondent dated 16 July 2009. In seeking leave, the applicants raise several grounds, inter alia:

i. that the applicants have locus standi in respect of the application;

ii. that the decision amounts to a breach of their legitimate expectations, viz that Lot 8655 together with Lot 8534, had been reserved for open public spaces.

The applicants’ application for leave, which is ex parte, is converted to an inter partes application by the judge exercising his discretion. The respondents are opposing the application.


Bahasa Malaysia version

Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Melaka
Michael Yeo & Enam Lagi lwn Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah & Satu Lagi


Ketujuh-tujuh pemohon adalah individu dan tuan punya berdaftar harta kediaman yang dikenali sebagai Lot 3217 hingga 3221, Jalan Muzaffar Shah, Muzaffar Heights, Ayer Keroh, Melaka (‘Harta tersebut’). Harta tersebut adalah sebahagian daripada Lot 8282 yang telah dipecah bahagi kepada beberapa hakmilik termasuk Harta tersebut.

Bersebelahan Harta tersebut adalah sekeping tanah yang dikenali sebagai Lot 8534; bersebelahan Lot 8534 pula adalah sekeping lagi tanah yang dikenali sebagai Lot 8655. Lot 8534 dan Lot 8655 telah diperuntukkan sebagai kawasan lapang awam di bawah pelan pembangunan yang diluluskan oleh responden pertama pada atau kira-kira pada bulan April 2004 (‘Pelan tersebut’)

Responden pertama adalah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab ke atas Bandaraya Melaka Bersejarah (BMB) dan diberi kuasa ke atas sebarang kelulusan bagi pelan pembangunan dalam kawasan BMB.

Responden kedua merupakan pemaju yang mengemukakan Pelan tersebut dan menyiapkan pembangunan Lot 8282 yang termasuk Harta tersebut.

Harta tersebut telah dibina berdasarkan bahawa Lot 8534 dan Lot 8655 hendaklah dirizabkan sebagai kawasan lapang awam. Berdasarkan inilah harta-harta kediaman yang menjadi sebahagian daripada Lot 8282 telah dijual kepada para pembeli termasuk pemohon-pemohon. Lot 8534 dan Lot 8655 juga telah diletakhak kepada responden pertama untuk menjaga tanah-tanah tersebut sebagai kawasan lapang awam.

Pada 15 November 2007 responden kedua telah memohon pindaan kepada Pelan tersebut, iaitu untuk membangunkan Lot 8655 menjadi dua buah pangsapuri (64 unit) dengan gimnasium di tingkat atas dan tempak letak kereta di bawah bangunan.

Notis telah diberikan pada 10 Julai 2008 oleh responden pertama dalam akhbar The Star dan Berita Harian dan juga melalui satu surat bertarikh 10 Julai 2008 kepada pemohon-pemohon berkenaan cadangan pembangunan atas Lot 8655. Pemohon-pemohon mengemukakan beberapa bantahan dalam surat-surat mereka kepada responden pertama dan juga semasa pertemuan yang diadakan oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar yang merupakan pegawai responden pertama pada 18 September 2008.

Pada 16 Julai 2009 responden pertama telah mengeluarkan notis yang telah diterima oleh pemohon-pemohon antara 23 dan 27 Julai 2009 di mana responden pertama memaklumkan pemohon-pemohon bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meluluskan cadangan pembangunan dan memberi kebenarann untuk membangunkan Lot 8655.

Pemohon-pemohon sekarang ini memohon untuk kebenaran mahkamah untuk memohon, antara lainnya, satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan responden pertama bertarikh 16 Julai 2009. Dalam permohonan untuk kebenaran mahkamah, pemohon-pemohon membangkitkan beberapa alasan, antara lainnya:

i. bahawa pemohon-pemohon mempunyai locus standi;

ii. bahawa keputusan tersebut merupakan pelanggaran harapan sah pemohon-pemohon, iaitu Lot 8655 dan Lot 8544 telah dirizabkan untuk kawasan lapang awam.

Permohonan pemohon-pemohon untuk kebenaran mahkamah, yang dibuat secara ex parte, ditukar kepada permohonan inter partes oleh hakim menggunakan budi bicaranya. Kedua-dua responden membantah permohonan pemohon-pemohon.