Feb 13, 2009

Release of Problem Clarifications- Bahasa Malaysia


Team 3

1. Sama ada Jiran mengetahui / diberitahui bahawa Pekebun akan menyembur racun serangga ke rumpun bunga-bungaan pada hari tersebut ?
Pada amnya ya, tetapi tidak secara spesifik.

2. Adakah hanya Michael seorang yang sakit perut selepas makan daun salad tersebut?
Ya

3. Adakah ini kali pertama Pekebun menyembur racun tersebut ke atas bunga-bungaanya?
Tidak dinyatakan dalam fakta kes, tetapi boleh dibuat andaian ianya bukan kali pertama digunakan.

4. Adakah daun salad tersebut telah dicuci/dimasak sebelum dimakan oleh ahli keluarga Jiran
Pada kebiasaannya dicuci terlebih dahulu

COMMENT : RELEVANT, TAKE NOTE ON THE TYPO ERROR (HIGHLIGHTED)

Team 5

5. Adakah kuantiti pengunaan yang dicadangkan tertera dalam arahan pengunaan label botol 'Slaughter' ?
Tidak dinyatakan dalam fakta kes. Anda dibenarkan membuat andaian bahawa terdapatnya arahan ‘standard’ untuk penggunaan pada label botol. Gunakan budibicara anda.

6. Adakah terdapat sayuran lain di batasan Jiran selain daun salad tersebut yang menunjukkan sebarang tanda kerosakan ?
Tidak dinyatakan dalam fakta.

7. Adakah terdapat arahan lain berkaitan pengunaan 'Slaughter' ?
Ada, rujuk fakta kes.

COMMENT : RELEVANT, TAKE NOTE ON THE TYPO ERROR (HIGHLIGHTED)

Team 7

8. Apakah klasifikasi atau jenis tanah yang dimiliki oleh Jiran dan Pekebun?
Tidak tersebut dalam fakta, tetpi boleh dibuat andaian jenis tanah yang digunakan bagi kebiasaan – ‘kediaman’ penanaman sayur-sayuran. Gunakan budi bicara anda.

9. Adakah Jiran mengetahui bahawa Pekebun menanam bunga-bungaan di tepi pagar?
Ya

10. Apakah pekerjaan Jiran? Adakah beliau juga merupakan seorang pekebun?
Tidak dinyatakan secara jelas. Tetepi dalam fakta menunjukkan bahawa Jiran memeng menggemari ‘gardening’ sebagai hobi.

COMMENT : RELEVANT, TAKE NOTE ON THE TYPO ERROR (HIGHLIGHTED)


Team 13

11. Adakah Pekebun mempunyai cukup pengetahuan mengenai sayuran ditanam bersebelahan dengan tanaman bunganya?
Pada amnya ya

12. Adakah Pekebun mempunyai pengetahuan secukupnya bahawa racun "Slaughter" boleh berpindah melalui medium cecair / air?
Pada amnya tidak, terbuka untuk membuat andaian yang sepatutnya.

13. Adakah penggunaan racun "Slaughter" ke atas tanah "dengan banyak" yang tertera di perenggan kedua ayat pertama dalam fakta yang diberi, bermaksud lebih banyak daripada penggunaan racun yang sepatutnya?
Tidak jelas dinyatakan dalam fakta kes. Terbuka kepada andaian bahawa terdapatnya arahan am untuk ‘tahap penggunaannya.’

14. Adakah terdapat panduan penggunaan untuk cara-cara penyemburan racun dan kuantiti yang harus digunnakan di atas botol racun dan adakah Pekebun ikut ( ganti dengan ayat : “telah mengikut”) langkah-langkah yang diberikan?
Pada amnya ya.

15. Adakah racun disembur pada tanaman bunga dan rumpai sahaja atau keseluruhan taman dan ke atas pagar bersebelahan taman tersebut?
Fakta hanya menyebut penggunaan spesifik racun ‘slaughter’ kepada bunga-bungaanya sahaja. Terbuka kepada andaian.

16. Adakah Pekebun memberitahu Jiran tentang penyemburan racun sebelum atau selepas dia menyembur racun tersebut?
Tidak.

17. Adakah Pekebun menafikan bahawa penggunaan racun adalah sebab utama kecederaan diri Micheal (anak Jiran)?
Tidak dinyatakan dalam fakta.

18. Adakah Jiran sedar akan (ganti dengan ayat : “bahawa”) bunga-bungaan ditanam bersebelahan tanaman sayurannya?
Pada amnya ya.

COMMENT : RELEVANT, TAKE NOTE ON THE TYPO ERROR (HIGHLIGHTED)

Team 22

19. Fakta-fakta kes menyatakan bahawa Encik Pekebun telah menggunakan racun rumpai dengan 'banyak'. Adakah kuantiti penggunaan racun tersebut melebihi had yang ditetapkan bagi penggunaan biasa?
Tidak ternyata dalam fakta. Terbuka kepada nadaian bahawa ‘standard’ arahan telah digunakan.

20. Adakah racun rumpai "slaughter" suatu racun rumpai yang lazim/biasa digunakan bagi tanaman kecil (ganti dengan ayat : “renek”)?
Tidak dinyatakan dalam fakta kes.

21. Fakat(Fakta) kes menyatakan bahawa anak En Jiran telah meninggal dunia (to add) akibat peracunan daun salad(gantikan dengan ayat : “racun rumpai tersebut”). Apakah kesan-kesan pemakanan daun salad itu terhadap ahli-ahli keluarga yang lain?
Tidak disebut dalam fakta kes. Terbuka untuk hujjahan/ ‘argument’.

COMMENT : RELEVANT, TAKE NOTE ON THE TYPO ERROR (HIGHLIGHTED)

Team 23

22. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, adakah munasabah sekiranya kita membuat kesimpulan bahawa Pekebun mempunyai pengetahuan tentang penanaman sayur-sayuran Jiran di atas tanah tersebut?
Jiran dan Pekebun adalah ‘jiran baik /’friendly neighbours’, maka pasti Pekebun mempunyai pengetahuan tersebut.

23. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, adakah munasabah sekiranya kita membuat kesimpulan bahawa Jiran mempunyai pengetahuan bahawa Pekebun menggunakan racun rumpai (Slaughter)?
Pada amnya ye keranan sebagai jiran sudah pasti wujudnya pertukaran maklumat tersebut. Tetapi tidak untuk pada masa tertentu.

24. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, adakah munasabah sekiranya kita membuat kesimpulan bahawa Pekebun pernah menggunakan racun rumpai (Slaughter) sebelum ini?
Terbuka kepada hujjahan/argument.

25. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, adakah munasabah kita membuat kesimpulan bahawa racun rumpai (Slaughter) sesuai dipakai ke atas tanaman sayur-sayuran?
Terbuka kepada hujjahan/argument.

26. Berdasarkan ayat ini, “Pekebun telah menyembur racun (Slaughter) ke rumpun bunga-bunganya dengan banyak”, adakah perkataan “dengan banyak” membawa makna bahawa Pekebun telah menyembur racun tersebut ke atas rumpun bunga-bunganya melebihi jumlah yang dicadangkan di botol racun. ?
Terbuka kepada hujjahan atau budibicara. Pada amnya Pekebun menggunakan radon tersebut mengikut arahan ‘standard’ seperti yang terdapat pada botol racun tersebut.

27. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, adakah munasabah sekiranya kita membuat kesimpulan bahawa hujan kerap turun di tempat tingal Jiran dan Pekebun?
Tidak diketahui.

28. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, adakah munasabah sekiranya kita membuat kesimpulan bahawa Pekebun tidak mengambil sebarang langkah keselamatan untuk menghalang racun rumpai (Slaughter) mengalir ke atas tanah Jiran?
Terbuka kepada hujjahan/argument.
29. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, bagaimanakah cara penyediaan daun salad tersebut sebelum dimakan oleh ahli keluarga Jiran?
Cara penyediaan yang ‘standard’ – basuh, cuci, masak.

30. Menurut fakta-fakta yang diberi, adakah Michael mempunyai sejarah perubatan untuk (ganti dengan ayat : “berkaitan”) keracunan makan ataupun alergi?
Tidak disebut dalam fakta kes.

31. Menurut fakta-fakta yang diberi, siapakah ahli keluarga Michael yang telah memakan daun salad selain Michael?
Semua ahli keluarga Michael makan.

32. Menurut fakta-fakta yang diberi, adakah ahli keluarga lain yang makan (ganti dengan perkataan :“telah memakan”) daun salad tersebut juga jatuh sakit seperti Michael?
Tidak dinyatakan dalam fakta. Pada amnya tidak.

33. Menurut fakta-fakta tersebut, berapa harikah Michael berada di hospital?
Tidak dinyatakan dalam kes.

34. Menurut fakta-fakta tersebut, adakah ahli keluarga Michael menjaganya semasa beliau berada di dalam hospital? Jika jawapan ya, adakah munasabah sekiranya kita mebuat kesimpulan bahawa ahli keluarga yang menjaga Michael mempunyai gaji yang tinggi ataupun seorang yang berjaya dalam pekerjaannya? (TIDAK RELEVAN)

35. Berapakah hari yang diambil oleh Michael untuk pulih daripada demam tersebut selepas beliau keluar dari hospital?
Tidak dinyatakan dalam kes.

36. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, adakah munasabah kita membuat kesimpulan bahawa Michael mempunyai pengetahuan bahawa demamnya itu disebabkan oleh daun salad yang dimakan oleh beliau? (SOALAN TIDAK BERNAS, SILA UBAH GAYA SOALAN)

37. Menurut fakta-fakta tersebut, adakah munasabah kita membuat kesimpulan bahawa Michael dimasukkan di Hospital Swasta? TIDAK RELEVAN

COMMENT : SOME ARE RELEVANT (EXCEPT NO. 34,36 & 37), TAKE NOTE ON THE TYPO ERROR (HIGHLIGHTED)

Team 25

38. Adakah penggunaan racun "dengan banyak" ke atas rumpun bunga-bungaan Pekebun merupakan penggunaan yang disyorkan oleh arahan yang terdapat pada botl racun tersebut? (TIDAK RELEVAN, FAKTA DALAM SOALAN SUDAH JELAS)

39. Adakah penggunaan racun "dengan banyak" bermaksud lebih banyak daripada penggunaan racun yang sepatutnya?
Andaian boleh digunakan bahawa racun tersebut digunakan dalam kuantiti yang ‘standard’ mengikut arahan tertera pada botol racun.

40. Adakah Pekebun mengikut arahan terhadap penggunaan racun 'Slaughter'?
Pada amnya ya.

41. Berapa banyak produk yang dimaksudkan dengan "lebih banyak" (SOALAN KURANG JELAS, SILA UBAH GAYA SOALAN)

42. Adakah Jiran sendiri ada menggunakan apa-apa bentuk racun (tidak semestinya racun 'Slaughter') ke atas tanamannya bunga-bungaannya?
Tidak tersebut dalam fakta kes. Terbuka kepada andaian.

43. Di dalam pemprosesan dan pengeluaran untuk pemasaran produk racun 'Slaughter', adakah Slaughter Sdn. Bhd. mengikuti kaedah dan peraturan am Malaysia dalam memproses racun tersebut, iaitu, mengikuti had maksima yang dibenarkan bagi tahap toksik dan kepekatan racun. (TIDAK RELEVAN)

44. Adakah penjualan atau penggunaan racun Slaughter dibenarkan oleh agensi kerajaan relevan? (SILA UBAH GAYA SOALAN)

45. Sekiranya penggunaan racun tersebut merupakan penggunaan terhad, adakah Pekebun sendiri merupakan pengguna yang sah bagi racun tersebut?
Fakta kes tidak disebut. Sekiranya terhad, Pekebun mesti ada lesen.

COMMENT : SOME ARE RELEVANT (EXCEPT NO. 38 & 43), TAKE NOTE ON THE TYPO ERROR (HIGHLIGHTED)

Team 31

46. Adakah penggunaan racun rumpai tersebut mengikut sukatan piawaian yang direkomenkan (digantikan dengan perkataan : “dicadangkan”) oleh pihak berkuasa/penguatkuasa? Sila klarifikasi (digantikan dengan perkataan : “jelaskan atau terangkan”) perkataan "banyak" dalam AYAT PERTAMA, PERENGGAN KEDUA. (sila gunakan huruf kecil)
Terbuka kepada hujjahan’argumant. Pada amnya setiap sukatan piawanan dalam penggunaan racun mesti ikut arahan ‘standard’ dari pihak penguatkuasa.

47. Adakah ahli keluarga Jiran cuci (digantikan dengan ayat : “telah mencuci”) daun salad yang ditanam sebelum dimakan oleh mereka?
Pada amnya ya.

COMMENT : RELEVANT, TAKE NOTE ON THE TYPO ERROR (HIGHLIGHTED)

No comments: